Monday, November 1, 2010

Teknik "Lungsur"

Assakamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah berkesempatan mendalami teknik "lungsur".



Teknik ini memerlukan bilaman pihak lawan melancarkan serangan dengan tumbukkan tangan, maka kita akan menyambutnya dengan me"lungsur"kan bahagian anggota tangan/lengan kita untuk menyebabkan penumbuk tangan kita terus hinggap ke bahagian muka/hidung pihak lawan.

Macam mana cara yang tepat melancarkan teknik "lungsur" ini kenalah belajar dengan orang yang mengetahui!

Bruce Lee terkenal dengan tembukkan "1 inch punch"@ tumbukkan 1 inci. Tumbukkan ini walaupun dilancar dengan jarak yang tersangat pendek, tetapi akibat & kesan dari tumbukkan "i inch punch" ini teramatlah dasyhat kerana boleh mengakibatkan pihak lawan terlambung kebelakang akibat pukulan/hentakkan yang berlaku.




Sementara itu, bagi orang yang mendalami Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) juga mempunyai "Pukulan Siku Seinci". Pukulan ini teramatlah bahayanya. Jika kena bahagian anggota dada/ulu hati/rusuk kanan/kiri/leher/muka/hidung/kepala/peha, mana mana anggota sendii, akibatnya parah!..



Semasa Cifu aku & ahli kumpulan dia berlatih pada tahun 80'an dulu di Felda Jengka 2, Pahang, di khabarkan hanya kedengaran bunyi nyamuk yang berterbangan mencari darah manusia!



Bunyi nyamuk boleh didengari kerana semasa mereka menjalani latihan dalam suasana & corak latihan adalah secara perlahan & senyap sahaja!!!



Ini salah satu cara permainan Orang Melayu dulu dulu!Lembut tetapi berbisa & berbahaya!

Teknik pijak kaki pihak lawan dengan menggunakan bahagian lengkuk iaitu di tengah tapak kaki kita adalah salah satu teknik yang disukai oleh Cifu aku punya Cifu ( Arwah Acik Bakar )!!!



Dalam Jurus 3, ada gerakkan menumbuk ke bawah! Tumbukkan ke bawah ini sebenarnya dituju ke bahagian peha & penyawa pihak lawan!




Satu petua disini yang kena diingat ialah jika pihak lawan bersenjata maka pilihan yang kita ada adalah dengan melakukan gerak Dayung Sampan. Gerak Dayung Sampan ini memerlukan kita menggerakkan kaki kita satu @ dua tapak ke belakang!

Juga dengan pantas kita menggunakan anggota kaki kita untuk melancarkan serangan sepakkan ke bahagian lengan pihak alwan yang memegang senjata!
Sambil serangan kaki seterusnya dilancarkan ke anggota rusuk && sendi lutut @ kaki pihak lawan!



Juga teknik kita menggunakan siku kita yang akan dihentak ke bahagian tangan pihak lawan sambil dengan gerakkan Dayung Sampan, tangan anggota penumbuk yang kita gunakan untuk menyiku tadi akan mencari penyawa pihan lawan!

Juga ada teknik menggunakan bahagian anggota lutut kita untuk menyekat sepakkan/tendangan pihak lawan! Cara mainan lutut akan boleh mengakibatkan kecederaan yang parah ke pihak lawan kita!






Mainan GPLY menggunakan 11 anggota utama iaitu 2 kaki, 2 lutut, 2 tangan, 2 siku, 2 bahu & 1 kepala!

Begitu juga, al-kisah ada yang berkata sebenarnya boleh belajar GPLY ini selama 11 hari @ 11 bulan @ 11 tahun!!!

Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

No comments: