Assalamualaikum w.b.t...
Sepanjang bulan Ramadhan, aku kena pergi ke pejabat awal. Oleh yang sedemikian, aku tidaklah sempat untuk mengadap sifu aku seperti hari biasa.
Dalam Gerak Pukul Pian Yunan ( GPLY ), kita boleh hanya menggunakan satu tangan sahaja semasa bertempur !
Contohnya pihak lawan masuk menyerang dengan melancarkan tumbukkan anggota tangan kanan diikuti dengan tumbukkan anggota tangan kiri, maka kita akan menyambutnya hanya dengan menggunakan anggota tangan kanan kita sahaja ! Iaitu blocking/tepisan/serangan dibuat dengan hanya menggunakan anggota tangan kanan kita sahaja !
Mesej yang aku ingin kongsi disini ialah dengan hanya menggunakan satu anggota tangan sahaja pun sudah mencukupi untuk kita menghadapi pihak lawan !
Apatah lagi jika kita boleh menggunakan ke dua dua anggota tangan kita + ke dua dua anggota kaki + ke dua dua angota lutut + ke dua dua anggota siku + ke dua dua anggota bahu + 1 anggota kepala kita maka insyallah lagilah power !
Di bawah ini adalah contoh beberapa gerakkan seperti yang pernah aku pelajari dalam GPLY !Its cool !
Selamat menuntut ilmu & beramal...
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment