Assalamualaikum w.b.t...
Suka berkongsi akan satu teknik pukulan dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) yang aku namakan sebagai Tumbuk 2X ke anggota rusuk yang sama & tendangan BOLA di buat ke arah anggota kaki/lutut pihak lawan sambil henjangan di buat ke anggota penyawa @ sendi lutut pihak lawan !
Contohnya bilamana pihak lawan masuk menyerang dengan melancarkan tumbukkan dari sisi kanan ( anggota kaki kanan pihak lawan berada di depan ), maka kita akan menyambutnya dengan bergayang dengan merendahkan anggota lutut & badan kita sambil tumbukkan anggota tangan kanan kita diikuti dengan tumbukkan anggota tangan kiri kita dilancarkan ke anggota rusuk kanan pihak lawan yang sama !
Sambil pada masa kita melancarkan tumbukkan anggota tangan kanan & kiri ke anggota rusuk pihak lawan, anggota kaki kanan kita akan melancarkan teknik tendang bola ke anggota sendi lutut kanan pihak lawan ! Seterusnya diikuti dengan henjangan di buat ke anggota sendi lutut kiri pihak lawan dengan menggunakan anggota kaki kanan kita !
Akibatnya sepatutnya pihak lawan kita akan rebah terkulai bagaikan kerang busuk @ nangka buruk !
Aku suka berkongsi akan ilmu pertahanan diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY- Lian Campur ) yang aku pelajari ini unik kerana banyak BUAH PUKULAN nya adalah ringkas tetapi berkesan.
Ringkas tetapi berkesan di sini kerana seorang pengamal lian tidak perlu khuatir jika terpaksa berdepan dengan pihak lawan yang bersaiz lagi besar kerana jika lawan kita bersaiz besar maka seorang pengamal lian akan menggunakan tenaga @ berat badan pihak lawan sendiri untuk mengatasi dirinya !
Juga pengamal lian telah di latih untuk mengenali & menyerang anggota sendi pihak lawan ! Juga seorang pengamal lian tidak tamak hanya bertumpu untuk memukul anggota muka sahaja tetapi pengamal lian gemar menyerang anggota rusuk pihak lawan ! Bagi patah anggota rusuk dahulu !
Insyallah kena caranya, maka seekor gajah yang dikenali sebagai seekor haiwan yang bersaiz besar pun sebenarnya kita boleh tundukkan iaitu dengan pukulan di sasar ke anggota sendi gajah tersebut !
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih !
* Nota : boleh dengar ceramah ugama yang di sampai oleh Ustaz Azhar Idrus dari Ganu kite! best & kelakor beb !!
Selamat menuntut ilmu & beramal..
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment