Saturday, August 20, 2011
Teknik menghadapi serangan senjata parang/pisau/pedang
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah kita sudah memasuki fasa ke 3 di dalam bulan Ramadhan.
Dalam 10 malam terakhir ini, kita disuruh agar bersungguh sungguh dalam ibadat untuk mencari malam Lailatul Qadar iaitu amalan dalam malam itu adalah bersamaan dengam 1000 bulan iaitu 83 tahun !
Ini adalah satu antara nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH S.W.T khusus untuk umat nabi Muhammad s.a.w yang purata usia umat nabi Muhammad di dalam lingkungan usia umur 60 hingga 70 tahun !
Aku suka berkongsi iaitu dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) adalah kombinasi jurus pukulan dari beladiri silat, Muay Thai, Wing Chun, Aikido, Tai Chi, tinju, gusti & 1001 teknik pukulan dari berbagai beladiri lagi.
Jika kita terpaksa berdepan dengan pihak lawan yang bersenjata seperti parang, pedang atau pisau maka ilmu mengukur jarak mesti dikuasai jika kita mahu survive !
Contohnya jika pihak lawan melancarkan serangan tetakkan menggunakan senjata parang panjang dengan menggunakan anggota tangan kanannya, maka untuk mengelakkan libasan tetakkan senjata parang tersebut maka kita boleh mengambil tindakkan dengan melangkah sekurang kurangnya 2 langkah tapak ke belakang !
Ataupun jika kita berkeyakinan tinggi iaitu kita mampu menumpaskan pihak lawan walaupun lawan kita tersebut sedang melibas/menghayun senjata parang ke arah kita, maka dengan menggunakan teknik Siku Helang maka kita akan MASUK mengadap pihak lawan dengan cara kita melancarkan serangan pukulan Siku Helang anggota tangan kanan kita terus ke anggota yang berada di atas anggota ruas siku kanan pihak lawan !
Sambil pada masa yang sama, kita terus mematikan gerakkan lawan kita dengan cara kita meNEKAN/GUIS anggota sendi lutut kanan pihak lawan dengan menggunakan anggota lutut kanan kita!
Akibatnya lawan kita tanpa mengira saiz anggota badan sepatutnya akan tergeliat atau patah sendi anggota lututnya !
Selamat menuntut ilmu & beramal...
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment