Assalamualaikum w.b.t...
Insyallah 2 hari lagi kita akan menyambut Syawal.
Aku mengambil kesempatan disini menghulur & menyusun 10 jari untuk memohon maaf jika ada kesalahan & kesilapan yang disengaja atau tidak disengajakan.
Insyallah pada pagi ini ( 28 August 2011 [ Ahad ] ) , selepas solat subuh, aku sekeluarga akan pulang ke Dungun, Terengganu untuk berhari raya.
Doakan agar segala perjalanan ke kampung dan kembali ke K.L adalah ALLAH s.w.t mudahkan.AMIN.
Suka berkongsi akan gerakkan masuk jurus 1 Lian iaitu sambil kita masuk mengadap pihak lawan face-to-face , maka sambil kita "buka"/"kuak"kan anggota peha/lutut pihak lawan dengan menggunakan anggota lutut kita, maka dengan serentak dan bersahaja sahaja maka pukulan/"tepukkan" ke anggota penyawa pihak lawan dilancarkan !
Contohnya bilamana pihak lawan masuk dari sisi kanan ( anggota kaki kanan pihak lawan berada di posisi hadapan ), maka kita akan masuk dengan anggota kaki kiri kita iaitu KUAKan/BUKAan/ dilancarkan dengan menggunakan anggota lutut kiri kita ke bahagian anggota sendi anggota lutut kanan pihak lawan sambil pada masa yang sama kita akan meNEPUK/meMUKUL/meNUMBUK anggota penyawa pihak lawan dengan nenggunakan anggota tangan kanan kita !
Sebenarnya masuk Jurus 1 ini adalah secara bersahaja sahaja iaitu tanpa disedari & tanpa boleh diagak oleh pihak lawan !
Teknik masuk jurus 1 sambil menGUAK/memBUKA anggota lutut pihak lawan sambil meNEPUK anggota penyawa pihak lawan adalah salah satu teknik RAHSIA dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ).
Untuk memahir dan menguasai teknik ini, latihan amali hendaklah sentiasa diamalkan !
Selamat menuntut ilmu & beramal..
Wassalam...
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment