Saturday, January 28, 2012

Mixed Martial Arts ( MMA ) - Filem HayWire - Gina Carano

Assalamualaikum w.b.t...

Sebuah filem aksi yang berjodol HAYWIRE iaitu lakonan seorang pelakon perempuan yang bernama Gina Carano yang mahir dalam ilmu beladiri Mixed Martial Arts ( MMA ) sedang ditayangkan di pawagam.



Aku syorkan agar seisi keluarga dapat menontonnya kerana untuk melihat bagaimana seorang wanita mampu menandingi kehebatan kaum lelaki jika perempuan tersebut mempunyai asas bela diri !



Sebenarnya aku masih belum lagi menonton cerita HAYWIRE ini tetapi daripada sedutan filem yang aku telah menonton sememangnya lakonan Gina Carano amatlah hebat kerana dia betul betul menguasai ilmu pertahanan diri MMA !



Gina Carano adalah seorang yang mahir dalam bela diri Muay Thai. Di bawah ini adalah maklumat serba ringkas berkenaan aktor ini .

Gina Carano was born on April 16, 1982 in Dallas, Texas. Gina Carano is a Muay Thai MMA specialist who got her start fighting out of the Master Toddy Gym in Las Vegas, NV. She is now training under Team Jackson where she’s growing increasingly adept in standup and ground game with improving her takedown defense. Gina's current MMA record is 7-1.






http://www.dailymotion.com/video/xmpf67_haywire-trailer-2-hd_shortfilms?start=27#from=embed




Suka berkongsi aku percaya Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku sedang belajar ini sebenarnya mirip MMA ! Macam dalam Astro tagline...Macam Macam Ada !

Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

Wednesday, January 25, 2012

Pukulan ke anggota rusuk/sendi/mata/leher/telinga/penyawa/Ulu hati

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah ALLAH s.w.t mudah kan segala urusan...

Suka berkongsi dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - LIAN Campur ) yang aku sedang belajar ini banyak mesasarkan serangan ke bahagian aggota rusuk kanan atau kiri pihak lawan !



Sifu aku pernah berkata seorang pengamal Lian ini tidak tamak iaitu untuk terus mencari sasaran seperti bahagian anggota muka kerana pengamal Lian menyerang anggota yang jarang jarang dilindungi oleh pihak lawan iaitu seperti anggota rusuk !



Seorang pengamal Lian juga kena bijak menyerang anngota yang biasanya jarang dijaga oleh pihak lawan iaitu anggota mata & leher !



Teknik cucukkan ke arah anggota mata & leher hendaklah dilakukan dengan pantas agar pihak lawan dapat ditumpaskan secepas mungkin !




Juga tendangan sepakkan ke anggota sendi anggota kaki/lutut/rusuk pihak lawan hendaklah dilakukan dengan pantas agar pihak lawan yang masih tidak bersedia boleh ditumpaskan dengan serta merta !



Teknik serangan ke anggota sendi pihak lawan adalah perlu kerana kemungkinan kita berhadapan dengan pihak lawan yang bersaiz besar !

Jadi jika betul teknik yang kita gunakan iaitu seperti sepakan dibuat ke anggota sendi, maka walaupun lawan kita bersaiz besar maka kita masih mampu untuk menumpaskan pihak lawan !

Jika pukulan di buat ke anggota telinga, pihak lawan akan terhoyong hayang kerana tidak balance ! Silap silap ditakuti pihak lawan akan pekak jika pukulan ke anggota telinga adalah kuat sehingga menyebabkan gegendang telinga pecah & berdarah !

Jadi seorang pengamal Lian kena faham & tahu apa akibat yang akan terjadi jika sesuautu serangan dilakukan terhadap anggota di tubuh badan seorang manusia !

Selamat menuntut ilmu & beramal.


Wassalam..

Basteng

Thursday, January 19, 2012

Gabungan beladiri Muay Thai, Aikido, Wing Chun & Silat !

Assalamualaikum w.b.t...

Suka berkongsi untuk sama sama fikirkan bagaimana canggihnya bilamana ke empat empat bela diri di bawah digabungkan untuk di jadikan satu bela diri untuk mempertahankan diri !

Inilah formula atau kaedah yang cuba dibuat oleh Israel dalam bela diri Krav Maga !

Muay Thai:
==========

http://www.thaimartialarts.org/mt-traditional.html

Aku minat bela diri Muay Thai ini kerana teknik buah pukulannya yang sememangnya natural iaitu seperti teknik sepakkan jab anggota kaki secara lurus dan pukulan menggunakan anggota lutut & juga anggota siku !



Bela diri Muay Thai memerlukan seorang pengamalnya banyak menggunakan kudrat iaitu tenaga semasa menjalani latihan.



Untuk makluman, sifu aku sebenarnya sempat belajar beladiri Muay Thai selama 1 tahun iaitu sebelum dia belajar Gerak Pukul Lian Yunan ( Lian Campur) !




Aikido :
=========

Aku juga sangat suka & minat akan bela diri Aikido kerana bagi aku seorang pengamal Aikido adalah seorang yang cerdik & bijak kerana yang aku faham seorang pengamal Aikido banyak menggunakan tenaga pihak lawan sendiri untuk mengalahkan pihak lawan tersebut !



Cuba lihat bagaimana Steven Seagal iaitu seorang pengamal Aikido nampak dengan mudah dapat menumpaskan pihak lawan iaitu dengan cara meNARIK, meNOLAK, mengANGKAT anggota sendi tangan pihak lawan sambil akan menghumban pihak lawan ke dinding / lantai !




Wing Chun :
===========

Beladiri Wing Chun adalah ilmu pertahanan diri dari Cina yang aku tersangatlah suka & minat !



Untuk rekod, sebenarnya beladiri Lian ini yang aku belajar ini adalah sememangnya berasal dari bela diri Cina iaitu Wing Chun !



Di sebabkan itulah dalam GPLY juga ada Wooden Dummy @ Orang Kayu ! Tetapi teknik pukulan dalam Orang Kayu GPLY telah di Melayukan ! :)



Silat :
========

Bela diri silat sememangnya adalah bela diri kebanggaan orang Melayu di Tanah melayu ini !

Sejarah telah membuktikan bagaimana hebatnya pahlawan & pendekar Melayu dalam pertempuran !



Bagaimana orang Melayu yang bertubuh kecil sahaja tetapi mampu menewaskan pihak lawan yang bersaiz lebih besar dari dirinya !

Alhamdulillah dalam GPLY ( Lian Campur ) ada mengandungi ke empat empat beladiri utama seperti di atas !

Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

Thursday, January 12, 2012

Pukulan 3 Lian

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah aku sempat mengadap Sifu aku setelah hampir 2 bulan lebih aku off kerana pelbagai sebab yang tak boleh dielakkkan.

Sifu aku memberi tunjuk ajar akan pukulan yang dinamakan sebagai pukulan 3 Lian !

Teknik pukulan 3 Lian ini memerlukan jika pihak lawan melancarkan serangan dari sisi kanan iaitu pihak masuk menyerang dengan pukulan di buat dengan menggunakan anggota tangan kanan, maka kita akan menyambutnya dengan bergayang untuk mengelak sambil tumbukkan padu menggunakan anggota tangan kanan [ Pukulan # 1 ] kita dilancarkan ke anggota rusuk kanan pihak lawan !





Sambil dengan pantas kita melakukan pukulan padu dengan menggunakan anggota tangan kiri [ Pukulan # 2 ] kita terus ke anggota muka pihak lawan .



Sambil kita menggunakan bahagian anggota siku tangan kiri [ Pukulan # 3 ] kita itu akan mengangkat bahagian anggota siku ke bahu kanan pihak lawan agar menjadikan pihak lawan tidak seimbang !



Seterusnya pukulan bertalu talu diikuti dengan hentakkan anggota kaki/lutut/siku boleh dilancarkan ke pihak lawan sehinggalah pihak lawan terus lumpuh!

Teknik pukulan 3 lian ini mesti dilancarkan secara pantas tanpa memberi ruang langsung kepada pihak lawan untuk melakukan tindak balas !

Teknik pukulan 3 lian ini kenalah selalu dibuat latihan dengan menggunakan Orang Kayu !



Dalam perang tiada belas kasihan !

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Monday, January 9, 2012

TARIK/TOLAK/TEKAN/BUANG anggota sendi

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah suka berkongsi dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku sedang belajar ini mengandungi 11 jurus.

Jurus 1 sehingga jurus 5 adalah jurus menggunakan anggota tangan/siku.

Diikuti dengan jurus 6 sehingga jurus 9 adalah jurus menggunakan anggota kaki/lutut.
Manakala jurus 10 sehingga jurus 11 adalah jurus menggunakan ke semua anggota dan jurus tersebut adalah teknik mainan secara paras bawah ke paras atas !

Aku masih ingat lagi akan kata kata sifu aku bahawa jika seseorang itu sudah mahir dan berjaya menguasai jurus 1 pun sudah mencukupi untuk menjadi kaki pukul !

Jurus satu adalah lebih kurang seperti pukulan di bawah yang ditunjukkan oleh arwah Pak Mat Kedidi !







Seperti kisah team member sifu aku yang bernama Pak Ali, dia sangat mahir akan jurus 4 !

Jurus 4 adalah menggunakan anggota tangan, lengan, siku untuk menyerang anggota lengan/tangan pihak lawan !

Jurus 4 adalah teknik tempur jarak dekat yang memerlukan seorang pengamal lian untuk bermain secara keras.

Keras di sini bermaksud, jika pihak lawan menumbuk maka dengan jurus 4 juga memerlukan kita menumbuk ke arah pihak lawan juga pada masa yang sama !

Diingatkan di sebabkan jurus 4 adalah close range combat maka anggota lutut juga hendaklah diaktifkan untuk di gunakan untuk menyerang pihak lawan !


Sifu aku juga memberitahu jika aku telah belajar ke sebelas jurus GPLY, maka terserah kepada kreativiti aku untuk menggabungkan ke semua jurus jurus tersebut untuk dijadikan buah rahsia aku !


Sifu aku memeberitahu anggota tangan aku sudah okay tetapi pergerakan anggota kaki/lutut aku masih perlu di buat latihan untuk memantapkan lagi pukulan anggota kaki/lutut.

Aku memang suka teknik TARIK/TOLAK/TEKAN/ANGKAT/MASUK anggota sendi ! Sila menonton YouTube di bawah ( terutama babak aksi minit ke 3 ! ) tentang apa yang aku maksudkan sebagai TARIK/TOLAK/TEKAN/ANGKAT/MASUK/BUANG anggota sendi !







Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Wednesday, January 4, 2012

Jadilah Orang berIlmu agar kita tidak menjadi hina & dayus

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah ALLAH s.w.t mudahkan segala urusan percutian kami sekeluarga.

Insyallah ada rezeki, target ingin melancung sambil menjelajah dan mengembara ke seluruh pelusuk dunia !



Ilmu seni beladiri hendaklah ringkas dan tidak berserabut kepala tetapi tekniknya berkesan terutama jika kita dalam keadaan terdesak untuk mempertahankan nyawa kita, ahli keluarga & orang & makhluk lain disekitar kita.

http://www.gearloose.net/misc/kravmaga.html

Semasa aku bercuti ke pulau Langkawi baru baru ini, ada seorang hamba ALLAH yang berkongsi akan pengalamannya semasa masuk satu kedai makan di Langkawi.

Alkisah ada 4 couple budak muda Melayu yang tanpa segan silu bercium mulut dihadapan khalayak ramai.



Diringkaskan, semua orang dalam kedai tersebut hanya mampu tertunduk malu & tak ada seorang pun yang ada kekuatan & berani untuk menegur akan tindak tanduk kumpulan couple tersebut.

Di sinilah peri pentingnya jika kita tidak berilmu terutama tiada ilmu dalam seni beladiri maka jika kita melihat kemungkaran di hadapan mata kita pun , maka kita tidak berkemampuan untuk menegur apatah lagi untuk mencegahnya !

Kita menjadi HINA & DAYUS & menjadi penakut !

Tapi aku percaya insyallah setakat 2-4 orang, insyallah boleh makan jika pada saat tersebut ALLAH s.w.t kurniakan kekuatan & keberanian dalam diri..Insyallah..

Bayangkan situasi adakah kita hanya akan melihat sahaja jika berlaku dihadapan mata kita bagaimana seorang manusia menyiksa seekor anak kuching !

Walaupun yang disiksa hanyalah seekor anak kuching tetapi selagi kita masih ada iman maka wajiblah kita mencegah perbuatan zalim tersebut daripada terus dibuat oleh manusia durjana tersebut!

Teknik Master Wong dalam Wooden Dummy di bawah adalah sangat bagus untuk dikuasai.

Dalam YouTube , master Wong adalah sifu aku !










Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng