Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah suka berkongsi dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku sedang belajar ini mengandungi 11 jurus.
Jurus 1 sehingga jurus 5 adalah jurus menggunakan anggota tangan/siku.
Diikuti dengan jurus 6 sehingga jurus 9 adalah jurus menggunakan anggota kaki/lutut.
Manakala jurus 10 sehingga jurus 11 adalah jurus menggunakan ke semua anggota dan jurus tersebut adalah teknik mainan secara paras bawah ke paras atas !
Aku masih ingat lagi akan kata kata sifu aku bahawa jika seseorang itu sudah mahir dan berjaya menguasai jurus 1 pun sudah mencukupi untuk menjadi kaki pukul !
Jurus satu adalah lebih kurang seperti pukulan di bawah yang ditunjukkan oleh arwah Pak Mat Kedidi !
Seperti kisah team member sifu aku yang bernama Pak Ali, dia sangat mahir akan jurus 4 !
Jurus 4 adalah menggunakan anggota tangan, lengan, siku untuk menyerang anggota lengan/tangan pihak lawan !
Jurus 4 adalah teknik tempur jarak dekat yang memerlukan seorang pengamal lian untuk bermain secara keras.
Keras di sini bermaksud, jika pihak lawan menumbuk maka dengan jurus 4 juga memerlukan kita menumbuk ke arah pihak lawan juga pada masa yang sama !
Diingatkan di sebabkan jurus 4 adalah close range combat maka anggota lutut juga hendaklah diaktifkan untuk di gunakan untuk menyerang pihak lawan !
Sifu aku juga memberitahu jika aku telah belajar ke sebelas jurus GPLY, maka terserah kepada kreativiti aku untuk menggabungkan ke semua jurus jurus tersebut untuk dijadikan buah rahsia aku !
Sifu aku memeberitahu anggota tangan aku sudah okay tetapi pergerakan anggota kaki/lutut aku masih perlu di buat latihan untuk memantapkan lagi pukulan anggota kaki/lutut.
Aku memang suka teknik TARIK/TOLAK/TEKAN/ANGKAT/MASUK anggota sendi ! Sila menonton YouTube di bawah ( terutama babak aksi minit ke 3 ! ) tentang apa yang aku maksudkan sebagai TARIK/TOLAK/TEKAN/ANGKAT/MASUK/BUANG anggota sendi !
Selamat menuntut ilmu & beramal..
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment