Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah ALLAH s.w.t mudah kan segala urusan...
Suka berkongsi dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - LIAN Campur ) yang aku sedang belajar ini banyak mesasarkan serangan ke bahagian aggota rusuk kanan atau kiri pihak lawan !
Sifu aku pernah berkata seorang pengamal Lian ini tidak tamak iaitu untuk terus mencari sasaran seperti bahagian anggota muka kerana pengamal Lian menyerang anggota yang jarang jarang dilindungi oleh pihak lawan iaitu seperti anggota rusuk !
Seorang pengamal Lian juga kena bijak menyerang anngota yang biasanya jarang dijaga oleh pihak lawan iaitu anggota mata & leher !
Teknik cucukkan ke arah anggota mata & leher hendaklah dilakukan dengan pantas agar pihak lawan dapat ditumpaskan secepas mungkin !
Juga tendangan sepakkan ke anggota sendi anggota kaki/lutut/rusuk pihak lawan hendaklah dilakukan dengan pantas agar pihak lawan yang masih tidak bersedia boleh ditumpaskan dengan serta merta !
Teknik serangan ke anggota sendi pihak lawan adalah perlu kerana kemungkinan kita berhadapan dengan pihak lawan yang bersaiz besar !
Jadi jika betul teknik yang kita gunakan iaitu seperti sepakan dibuat ke anggota sendi, maka walaupun lawan kita bersaiz besar maka kita masih mampu untuk menumpaskan pihak lawan !
Jika pukulan di buat ke anggota telinga, pihak lawan akan terhoyong hayang kerana tidak balance ! Silap silap ditakuti pihak lawan akan pekak jika pukulan ke anggota telinga adalah kuat sehingga menyebabkan gegendang telinga pecah & berdarah !
Jadi seorang pengamal Lian kena faham & tahu apa akibat yang akan terjadi jika sesuautu serangan dilakukan terhadap anggota di tubuh badan seorang manusia !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment