Thursday, January 19, 2012

Gabungan beladiri Muay Thai, Aikido, Wing Chun & Silat !

Assalamualaikum w.b.t...

Suka berkongsi untuk sama sama fikirkan bagaimana canggihnya bilamana ke empat empat bela diri di bawah digabungkan untuk di jadikan satu bela diri untuk mempertahankan diri !

Inilah formula atau kaedah yang cuba dibuat oleh Israel dalam bela diri Krav Maga !

Muay Thai:
==========

http://www.thaimartialarts.org/mt-traditional.html

Aku minat bela diri Muay Thai ini kerana teknik buah pukulannya yang sememangnya natural iaitu seperti teknik sepakkan jab anggota kaki secara lurus dan pukulan menggunakan anggota lutut & juga anggota siku !



Bela diri Muay Thai memerlukan seorang pengamalnya banyak menggunakan kudrat iaitu tenaga semasa menjalani latihan.



Untuk makluman, sifu aku sebenarnya sempat belajar beladiri Muay Thai selama 1 tahun iaitu sebelum dia belajar Gerak Pukul Lian Yunan ( Lian Campur) !




Aikido :
=========

Aku juga sangat suka & minat akan bela diri Aikido kerana bagi aku seorang pengamal Aikido adalah seorang yang cerdik & bijak kerana yang aku faham seorang pengamal Aikido banyak menggunakan tenaga pihak lawan sendiri untuk mengalahkan pihak lawan tersebut !



Cuba lihat bagaimana Steven Seagal iaitu seorang pengamal Aikido nampak dengan mudah dapat menumpaskan pihak lawan iaitu dengan cara meNARIK, meNOLAK, mengANGKAT anggota sendi tangan pihak lawan sambil akan menghumban pihak lawan ke dinding / lantai !




Wing Chun :
===========

Beladiri Wing Chun adalah ilmu pertahanan diri dari Cina yang aku tersangatlah suka & minat !



Untuk rekod, sebenarnya beladiri Lian ini yang aku belajar ini adalah sememangnya berasal dari bela diri Cina iaitu Wing Chun !



Di sebabkan itulah dalam GPLY juga ada Wooden Dummy @ Orang Kayu ! Tetapi teknik pukulan dalam Orang Kayu GPLY telah di Melayukan ! :)



Silat :
========

Bela diri silat sememangnya adalah bela diri kebanggaan orang Melayu di Tanah melayu ini !

Sejarah telah membuktikan bagaimana hebatnya pahlawan & pendekar Melayu dalam pertempuran !



Bagaimana orang Melayu yang bertubuh kecil sahaja tetapi mampu menewaskan pihak lawan yang bersaiz lebih besar dari dirinya !

Alhamdulillah dalam GPLY ( Lian Campur ) ada mengandungi ke empat empat beladiri utama seperti di atas !

Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

No comments: