Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah aku sempat mengadap Sifu aku setelah hampir 2 bulan lebih aku off kerana pelbagai sebab yang tak boleh dielakkkan.
Sifu aku memberi tunjuk ajar akan pukulan yang dinamakan sebagai pukulan 3 Lian !
Teknik pukulan 3 Lian ini memerlukan jika pihak lawan melancarkan serangan dari sisi kanan iaitu pihak masuk menyerang dengan pukulan di buat dengan menggunakan anggota tangan kanan, maka kita akan menyambutnya dengan bergayang untuk mengelak sambil tumbukkan padu menggunakan anggota tangan kanan [ Pukulan # 1 ] kita dilancarkan ke anggota rusuk kanan pihak lawan !
Sambil dengan pantas kita melakukan pukulan padu dengan menggunakan anggota tangan kiri [ Pukulan # 2 ] kita terus ke anggota muka pihak lawan .
Sambil kita menggunakan bahagian anggota siku tangan kiri [ Pukulan # 3 ] kita itu akan mengangkat bahagian anggota siku ke bahu kanan pihak lawan agar menjadikan pihak lawan tidak seimbang !
Seterusnya pukulan bertalu talu diikuti dengan hentakkan anggota kaki/lutut/siku boleh dilancarkan ke pihak lawan sehinggalah pihak lawan terus lumpuh!
Teknik pukulan 3 lian ini mesti dilancarkan secara pantas tanpa memberi ruang langsung kepada pihak lawan untuk melakukan tindak balas !
Teknik pukulan 3 lian ini kenalah selalu dibuat latihan dengan menggunakan Orang Kayu !
Dalam perang tiada belas kasihan !
Selamat menuntut ilmu & beramal..
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment