Tuesday, April 24, 2012

Ibu Sawat, Senak & Lumpuh !

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah aku sempat mengadap sifu aku pagi semalam. Sifu aku telah memberi tunjuk ajar akan gerak lian iaitu bermula daripada lian jurus 1 ! Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) - Lian Campur ini, lian jurus 1 bermula dengan tumbukkan ( sasaran ke anggota rusuk pihak lawan ! ) dilakukan iaitu tanpa perlu melangkah !
Bilamana anggota kaki kita mula melangkah ke hadapan maka dimasa yang sama anggota tangan yang sama dengan anggota kaki yang melangkah tersebut akan melancarkan tumbukkan ! ( perlu mengadap guru untuk memahami akan gerak lian jurus 1 ini ! ) Sifu aku selalu ingat & tekankan berkenaan pentingnya memahirkan diri dengan pukulan 3 Lian ! Ini bermaksud, sekurang kurangnya 3 tumbukkan secara pantas & serentak dilancarkan ke anggota sasaran pihak lawan seperti di bawah :
1.0 Anggota kepala . Ini adalah diibaratkan sebagai Ibu Sawat kerana ini adalah semua urat saraf seorang manusia berada. Cucukkan ke anggota mata/leher, tepukkan ke anggota telinga boleh dilakukan, menggunakan ibu tangan dengan mengangkat ke atas anggota hidung pihak lawan, menarik rambut,ludahan @ menyimbah pasir ke anggota mata boleh dilakukan ! 2.0 Anggota Ulu Hati/Dada. Ini adalah antara kawasan senak ! 3.0 Anggota Penyawa . Ini adalah kawasan lumpuh ! Tumbukkan ke tiga tiga anggota sasaran di atas boleh dilakukan tanpa kita perlu melangkah ! Pukulan boleh dilakukan dengan berdiri tegak sambil anggota tubuh kita bergayang! Selamat menuntut ilmu & beramal ! Wassalam.. Basteng

Sunday, April 22, 2012

Teknik Pukulan gaya masing masing yang unik

Assalamualaikum w.b.t.... Setiap individu mempunyai teknik pukulan tersendiri yang unik dalam beladiri. Antara contoh individu yang ingin aku kongsikan disini ialah kisah beberapa orang yang dalam kumpulan sifu aku semasa mereka belajar ilmu pertahanan diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) dengan arwah Acik Bakar !
Individu pertama ialah berkenaan tentang kisah Sifu aku sendiri ! Sifu aku gemar akan teknik pukulan yang di buat ke arah sisi tepi anggota tubuh ! Sasaran pertama & utama yang di cari ialah ke bahagian anggota rusuk kanan atau kiri pihak lawan.
Selepas pukulan ke bahagian anggota rusuk dilakukan maka pukulan anggota lutut/kaki/siku dilancarkan bertubu tubi sehinggalah pihak lawan tidak bermaya! Individu ke dua ialah tentang arwah Acik Bakar ( Guru sifu aku ! ) pula gemar akan teknik pukulan yang dilakukan secara mengadap iaitu secara berhadapan dengan pihak lawan !
Teknik mengadap secara berdepan memerlukan keberanian & ketangkasan kerana sebelum pihak lawan memulakan gerak untuk masuk menyerang maka pukulan anggota tangan Acik Bakar telah mengena ke sasaran anggota dada/ulu hati/halkum ! Seterusnya dengan disusuli dengan serangan pukulan menggunakan anggota lutut/kaki/siku maka pukulan bertalu talu dilancarkan sehingga pihak lawan lumpuh !
Individu ke tiga yang aku ingin berkongsi kisahnya ialah tentang seorang anak murid Acik Bakar yang bernama Mail. Teknik pukulan yang digemari oleh Mail ini ialah tak kala pihak lawan masuk menyerang maka dengan secara berhadapan maka Mail dengan pantas akan menurunkan anggota tubuhnya sambil pukulan tumbukkan menggunakan anggota tangan yang padu & padat disasarkan ke anggota penyawa pihak lawan ! Insyallah aku berazam untuk memahirkan diri untuk menguasai ke tiga tiga teknik pukulan yang di atas ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Tuesday, April 17, 2012

Teknik Siku & Delima

Assalamualaikum w.b.t..

Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ), anggota siku adalah antara senjata utama untuk seorang pengamal lian !

Sebenarnya teknik anggota siku dalam Lian adalah pelbagai dan antara yang paling berkesan adalah teknik Siku Kapak & teknik siku Helang !

Di bawah ini adalah beberapa teknik pukulan anggota siku yang aku perolehi daripada majalah Beladiri keluaran April 2012.



Suka juga aku berkongsi akan satu lagi pemakanan sunah iaitu buah Delima !

Buah delima sebenarnya adalah salah satu buah buahan ahli syurga !
Khasiatnya amatlah banyak dan contohnya adalah seperti di bawah :

Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :

=> Membaikpulih fungsi hati dan limpa
=> Mencuci buah pinggang dan salur kencing
=> Membantu penghadaman
=> Membuang lemak-lemak berlebihan
=> Menambah tenaga
=> Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
=> Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
=> Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
=> Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
=> Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
=> Mencantikan kulit

Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-

=> Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
=> Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .





Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

Wednesday, April 11, 2012

Pijak kaki - Buat Pihak Lawan tidak stabil

Assalamualaikum w.b.t...

Semenjak aku belajar ilmu pertahanan diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) iaitu bermula dari awal tahun 2008, alhamdulillah banyak teknik yang sebenarnya langsung tidak terfikir oleh akal kita ini sebenarnya adalah amat berkesan untuk digunakan untuk mempertahankan diri kita.

Antara contoh teknik mudah tapi berkesan ialah dengan cara kita memijak anggota kaki atau menhenjang anggota sendi kaki yang berdekatan dengan buku lima !



Bila kita memijak anggota kaki pihak lawan, maka tolakkan ke belakang hendaklah dibuat ke anggota dada pihak lawan!

Juga teknik SANGET . Sanget ini berlaku bilamana anggota tangan kita bersentuh dengan anggota tangan pihak lawan. Bilamana sentuhan berlaku maka dengan pantas kita akan menyentak anggota tangan pihak lawan tersebut untuk mengakibatkan pihak lawan akan tidak stabil !



Bilamana pihak lawan sedang tidak stabil maka saat itulah serangan bertali arus dilancarkan terhadap pihak lawan sehingga pihak lawan tidak mampu lagi untuk bertindak balas.

Antara TIPS istimewa yang aku ingin kongsi di sini ialah tidak kira apa saiz pihak lawan kita, maka dengan teknik kita mengangkat ruas anggota yang diatas sikit daripada sendi anggota siku pihak lawan dengan menggunakan ruas anggota lengan kita ( dari anggota tapak tangan sehingga ke anggota sendi siku kita !), maka kesannya akan mengakibatkan pihak lawan akan TIDAK STABIL !

Seterusnya memberi ruang kepada kita untuk melancarkan serangan bertubi tubi !

Apa jua keadaan, selalulah beringat iaitu jika ada individu yang mendekati diri kita, maka seharusnya kita melangkah 1 tapak ke belakang ! Kerana ini akan memberi ruang kepada kita untuk bertindak balas untuk mempertahankan diri sekiranya individu tersebut tanpa semena mena melancarkan serangan tendangan/tumbukkan ke arah kita !

Di bawah ini adalah beberapa teknik yang dikongsi oleh Guru Azlan Ghanie !





*Nota :
1. Pagi tadi aku sempat belajar bagai mana mempersembahkan gerak bunga tari Lian di hadapan pasangan pengantin !
2. Ada 2 senaman power yang di ajar oleh ustaz mengaji aku ! Senaman tersebut seperti senaman Urat Saraf Lian yang telah diajar oleh sifu aku ! Keistimewaan senaman tersebut adalah menjadikan nafas kita panjang & juga elok untuk kesihatan "adik " ...

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Friday, April 6, 2012

menuntut ilmu, berlatih, beramal.......

Assalamualaikum w.b.t.....

Alhamdulillah semasa aku mengadap sifu aku, sempat aku mendalami teknik yang betul untuk mematikan langkah pihak lawan !

Caranya ialah jika pihak lawan masuk menyerang dengan membuat pukulan atau pun dengan bersenjata iaitu dia menggunakan anggota tangan kanan, maka kita akan menyambutnya dengan cara meNEKAN di atas anggota sendi siku kanan pihak lawan tersebut !

Ini akan mengakibatkan pihak lawan tidak berpeluang untuk bertindak balas kerana langkah gerakkan pihak lawan sudah dimatikan ! Dengan pantas, dengan kombinasi anggota siku, tangan, lutut & kaki kita maka serangan bertali arus mesti dilancarkan ke arah pihak lawan sehinggalah pihak lawan lumpuh !

Ingat dalam street fighting/peperangan tiada belas kasihan !
Kita yang akan menjadi mangsa/korban ataupun si mangsa kita yang akan menjadi korban !
Di bawah ini adalah beberapa gerak langkah yang ditunjukkkan oleh Guru Azlan Ghani,
Photo ini aku perolehi daripada majalah Seni Beladiri keluaran yang terkini iaitu edisi bulan April.



Lihatlah bagaimana gerak badan Guru Azlan Ghani menyambut untuk bertindak balas kepada pihak lawan !



Dalam street fighting yang sebenar, kita tidak mempunyai masa untuk berfikir secara lama apa buah yang ingin kita gunakan. Biasanya apa tindak balas yang terhadil adalah daripada kefahaman & latihan yang kita telah amalkan sebelum ini.

*Nota : Wajib kita belajar ilmu pertahanan diri untuk mempertahan kan diri kita !

Jadi selamat menuntut ilmu & beramal !

Wassalam...

Basteng

Tuesday, April 3, 2012

Makanan Sunah - Cuka Kurma

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah suka aku berkongsi akan satu lagi makanan sunnah iaitu Cuka Kurma !




http://www.cukakurma.com/


Insyallah aku berazam untuk senantiasa meminum cuka kurma yang dicampur dengan madu !

Cara pengambilannya ialah dengan menggunakan sudu plastik maka 2 sudu cuka kurma diambil dengan dicampur dengan 1 sudu madu yang dicampur dengan air suam !

Eloknya meminumnya 2 kali sehari iaitu 1 kali setiap pagi dan 1 kali pada waktu malam.



Aku syorkan agar amalkanlah meminum cuka kurma + Madu + air suam ! Insyallah, aku boleh katakan 85 % kesihatan akan bertambah lagi elok...amin..

Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng