Friday, April 6, 2012

menuntut ilmu, berlatih, beramal.......

Assalamualaikum w.b.t.....

Alhamdulillah semasa aku mengadap sifu aku, sempat aku mendalami teknik yang betul untuk mematikan langkah pihak lawan !

Caranya ialah jika pihak lawan masuk menyerang dengan membuat pukulan atau pun dengan bersenjata iaitu dia menggunakan anggota tangan kanan, maka kita akan menyambutnya dengan cara meNEKAN di atas anggota sendi siku kanan pihak lawan tersebut !

Ini akan mengakibatkan pihak lawan tidak berpeluang untuk bertindak balas kerana langkah gerakkan pihak lawan sudah dimatikan ! Dengan pantas, dengan kombinasi anggota siku, tangan, lutut & kaki kita maka serangan bertali arus mesti dilancarkan ke arah pihak lawan sehinggalah pihak lawan lumpuh !

Ingat dalam street fighting/peperangan tiada belas kasihan !
Kita yang akan menjadi mangsa/korban ataupun si mangsa kita yang akan menjadi korban !
Di bawah ini adalah beberapa gerak langkah yang ditunjukkkan oleh Guru Azlan Ghani,
Photo ini aku perolehi daripada majalah Seni Beladiri keluaran yang terkini iaitu edisi bulan April.



Lihatlah bagaimana gerak badan Guru Azlan Ghani menyambut untuk bertindak balas kepada pihak lawan !



Dalam street fighting yang sebenar, kita tidak mempunyai masa untuk berfikir secara lama apa buah yang ingin kita gunakan. Biasanya apa tindak balas yang terhadil adalah daripada kefahaman & latihan yang kita telah amalkan sebelum ini.

*Nota : Wajib kita belajar ilmu pertahanan diri untuk mempertahan kan diri kita !

Jadi selamat menuntut ilmu & beramal !

Wassalam...

Basteng

No comments: