Tuesday, April 24, 2012

Ibu Sawat, Senak & Lumpuh !

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah aku sempat mengadap sifu aku pagi semalam. Sifu aku telah memberi tunjuk ajar akan gerak lian iaitu bermula daripada lian jurus 1 ! Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) - Lian Campur ini, lian jurus 1 bermula dengan tumbukkan ( sasaran ke anggota rusuk pihak lawan ! ) dilakukan iaitu tanpa perlu melangkah !
Bilamana anggota kaki kita mula melangkah ke hadapan maka dimasa yang sama anggota tangan yang sama dengan anggota kaki yang melangkah tersebut akan melancarkan tumbukkan ! ( perlu mengadap guru untuk memahami akan gerak lian jurus 1 ini ! ) Sifu aku selalu ingat & tekankan berkenaan pentingnya memahirkan diri dengan pukulan 3 Lian ! Ini bermaksud, sekurang kurangnya 3 tumbukkan secara pantas & serentak dilancarkan ke anggota sasaran pihak lawan seperti di bawah :
1.0 Anggota kepala . Ini adalah diibaratkan sebagai Ibu Sawat kerana ini adalah semua urat saraf seorang manusia berada. Cucukkan ke anggota mata/leher, tepukkan ke anggota telinga boleh dilakukan, menggunakan ibu tangan dengan mengangkat ke atas anggota hidung pihak lawan, menarik rambut,ludahan @ menyimbah pasir ke anggota mata boleh dilakukan ! 2.0 Anggota Ulu Hati/Dada. Ini adalah antara kawasan senak ! 3.0 Anggota Penyawa . Ini adalah kawasan lumpuh ! Tumbukkan ke tiga tiga anggota sasaran di atas boleh dilakukan tanpa kita perlu melangkah ! Pukulan boleh dilakukan dengan berdiri tegak sambil anggota tubuh kita bergayang! Selamat menuntut ilmu & beramal ! Wassalam.. Basteng

No comments: