Assalamualaikum w.b.t...
Semenjak aku belajar ilmu pertahanan diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) iaitu bermula dari awal tahun 2008, alhamdulillah banyak teknik yang sebenarnya langsung tidak terfikir oleh akal kita ini sebenarnya adalah amat berkesan untuk digunakan untuk mempertahankan diri kita.
Antara contoh teknik mudah tapi berkesan ialah dengan cara kita memijak anggota kaki atau menhenjang anggota sendi kaki yang berdekatan dengan buku lima !
Bila kita memijak anggota kaki pihak lawan, maka tolakkan ke belakang hendaklah dibuat ke anggota dada pihak lawan!
Juga teknik SANGET . Sanget ini berlaku bilamana anggota tangan kita bersentuh dengan anggota tangan pihak lawan. Bilamana sentuhan berlaku maka dengan pantas kita akan menyentak anggota tangan pihak lawan tersebut untuk mengakibatkan pihak lawan akan tidak stabil !
Bilamana pihak lawan sedang tidak stabil maka saat itulah serangan bertali arus dilancarkan terhadap pihak lawan sehingga pihak lawan tidak mampu lagi untuk bertindak balas.
Antara TIPS istimewa yang aku ingin kongsi di sini ialah tidak kira apa saiz pihak lawan kita, maka dengan teknik kita mengangkat ruas anggota yang diatas sikit daripada sendi anggota siku pihak lawan dengan menggunakan ruas anggota lengan kita ( dari anggota tapak tangan sehingga ke anggota sendi siku kita !), maka kesannya akan mengakibatkan pihak lawan akan TIDAK STABIL !
Seterusnya memberi ruang kepada kita untuk melancarkan serangan bertubi tubi !
Apa jua keadaan, selalulah beringat iaitu jika ada individu yang mendekati diri kita, maka seharusnya kita melangkah 1 tapak ke belakang ! Kerana ini akan memberi ruang kepada kita untuk bertindak balas untuk mempertahankan diri sekiranya individu tersebut tanpa semena mena melancarkan serangan tendangan/tumbukkan ke arah kita !
Di bawah ini adalah beberapa teknik yang dikongsi oleh Guru Azlan Ghanie !
*Nota :
1. Pagi tadi aku sempat belajar bagai mana mempersembahkan gerak bunga tari Lian di hadapan pasangan pengantin !
2. Ada 2 senaman power yang di ajar oleh ustaz mengaji aku ! Senaman tersebut seperti senaman Urat Saraf Lian yang telah diajar oleh sifu aku ! Keistimewaan senaman tersebut adalah menjadikan nafas kita panjang & juga elok untuk kesihatan "adik " ...
Selamat menuntut ilmu & beramal..
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment