Tuesday, April 17, 2012

Teknik Siku & Delima

Assalamualaikum w.b.t..

Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ), anggota siku adalah antara senjata utama untuk seorang pengamal lian !

Sebenarnya teknik anggota siku dalam Lian adalah pelbagai dan antara yang paling berkesan adalah teknik Siku Kapak & teknik siku Helang !

Di bawah ini adalah beberapa teknik pukulan anggota siku yang aku perolehi daripada majalah Beladiri keluaran April 2012.



Suka juga aku berkongsi akan satu lagi pemakanan sunah iaitu buah Delima !

Buah delima sebenarnya adalah salah satu buah buahan ahli syurga !
Khasiatnya amatlah banyak dan contohnya adalah seperti di bawah :

Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :

=> Membaikpulih fungsi hati dan limpa
=> Mencuci buah pinggang dan salur kencing
=> Membantu penghadaman
=> Membuang lemak-lemak berlebihan
=> Menambah tenaga
=> Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
=> Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
=> Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
=> Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
=> Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
=> Mencantikan kulit

Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-

=> Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
=> Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .





Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

No comments: