Sunday, April 22, 2012
Teknik Pukulan gaya masing masing yang unik
Assalamualaikum w.b.t....
Setiap individu mempunyai teknik pukulan tersendiri yang unik dalam beladiri.
Antara contoh individu yang ingin aku kongsikan disini ialah kisah beberapa orang yang dalam kumpulan sifu aku semasa mereka belajar ilmu pertahanan diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) dengan arwah Acik Bakar !
Individu pertama ialah berkenaan tentang kisah Sifu aku sendiri !
Sifu aku gemar akan teknik pukulan yang di buat ke arah sisi tepi anggota tubuh !
Sasaran pertama & utama yang di cari ialah ke bahagian anggota rusuk kanan atau kiri pihak lawan.
Selepas pukulan ke bahagian anggota rusuk dilakukan maka pukulan anggota lutut/kaki/siku dilancarkan bertubu tubi sehinggalah pihak lawan tidak bermaya!
Individu ke dua ialah tentang arwah Acik Bakar ( Guru sifu aku ! ) pula gemar akan teknik pukulan yang dilakukan secara mengadap iaitu secara berhadapan dengan pihak lawan !
Teknik mengadap secara berdepan memerlukan keberanian & ketangkasan kerana sebelum pihak lawan memulakan gerak untuk masuk menyerang maka pukulan anggota tangan Acik Bakar telah mengena ke sasaran anggota dada/ulu hati/halkum !
Seterusnya dengan disusuli dengan serangan pukulan menggunakan anggota lutut/kaki/siku maka pukulan bertalu talu dilancarkan sehingga pihak lawan lumpuh !
Individu ke tiga yang aku ingin berkongsi kisahnya ialah tentang seorang anak murid Acik Bakar yang bernama Mail.
Teknik pukulan yang digemari oleh Mail ini ialah tak kala pihak lawan masuk menyerang maka dengan secara berhadapan maka Mail dengan pantas akan menurunkan anggota tubuhnya sambil pukulan tumbukkan menggunakan anggota tangan yang padu & padat disasarkan ke anggota penyawa pihak lawan !
Insyallah aku berazam untuk memahirkan diri untuk menguasai ke tiga tiga teknik pukulan yang di atas !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment