Monday, May 31, 2010

Jurus Kaki

Assalamualaikum w.b.t..

Di bawah ini ada 1 link berkenaan idea & cadangan bagaimana mungkin kita boleh memperolehi maklumat tentang orang yang disyaki didalam kes asSyahid Adik Nurin!

http://malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=32156:clue-to-trace-adik-nurin-jazlins-murderer&catid=18:letterssurat&Itemid=100129

Sementara dengan izin ALLAH S.W.T, alhamdulillah berkesempatan mendalami teknik Jurus Kaki.



Jurus kaki adalah teknik yang amat berkesan kerana dengan melancarkan serangan kaki yang mengejut, maka keberangkalian untuk kita menumpaskan pihak lawan adalah amat berkesan sekali!







Kombinasi serangan mengejut dengan menggunakan tangan & kaki akan menyebabkan pihak lawan terpaku kerana mereka biasanya pihak lawan boleh lagi mengelak tumbukkan tetapi bilamana serangan dilakukan serentak iaitu dengan menggunakan kombinasi ke dua tangan + Kaki maka biasanya serangan kaki tidak sempat atau mampu diatasi oleh pihak lawan!

Selamat menuntut ilmu & beramal...

*Nota :
(1) Serangan kaki boleh di "makan" dengan serangan balas menggunakan jurus siku!
(2) Masih dalam proses untuk mem"balut" orang kayu untuk latihan jurus kaki!!

Wassalam..

Basteng
[ http://www.youtube.com/watch?v=eIRy0pltg4k ]

Saturday, May 29, 2010

Teknik Melepaskan diri daripada pemangsa yang bersaiz besar!

Assalamualikum w.b.t..

Sukacita berkongsi maklumat yang saya perolehi daripada majalan BelaDiri keluaran bulan June 2010.




Selamat Menuntut Ilmu + Petua & beramal!

Wassalam..

Basteng

Wednesday, May 26, 2010

Jurus " 2 Gerak Langkah MAKAN"

Assalamualikum w.b.t...

Alhamdulillah berkesempatan mempelajari jurus yang dinamakan " 2 Gerak langkah MAKAN".



Jurus ini memerlukan kita bergerak 1 tapak kearah sisi kanan/kiri musuh sambil pukulan dibuat ke sendi siku pihak lawan diikuti dengan tumbukan berturut turut ke muka/telinga pihak lawan, disudahi dengan tumbukan ke sisi kanan/kiri rusuk pihak lawan!

Pada masa yang sama, gerakkan 1 tapak MASUK ke arah tengah badan pihak lawan dilakukan dengan bahagian lutut kita menCARI untuk makan bahagian lutut pihak musuh. Ini akan mengakibatkan pihak lawan tidak stabil (in-balance).Pada masa yang sama pukulan terus menerus di buat ke bahagian muka pihak lawan, disusuli ke bahagian ulu hati/dada pihak lawan dan seterusnya tumbukan ke bahagian penyawa pihak lawan. Juga gerakkan menarik & menghentak tumit kaki kita dilancarkan ke bahagian peha yang berdekatan atau mengenai bahagian sulit/penyawa pihak lawan! Di sudahi dengan pukulan lutut ke arah muka/dada/penyawa/peha pihak lawan!



Juga ada jurus yang menggunakan bahagian bahu! Jurus ini memerlukan kita masuk DALAM iaitu bilamana pihak lawan melancarkan serangan, maka kita akan membuat gerakkan MASUK sambil bahagian bahu kita digunakan sebagai senjata untuk menghentak bahagian dada/ulu hati pihak lawan!




Juga teknik kita masuk sendeng ke arah tengah badan pihak lawan sambil kita menggunakan siku kita untuk menghentak dada/ulu hati pihak lawan! Diikuti dan disusuli dengan siku kita yang satu lagi menghentak/melibas bahagian muka musuh dan diikuti dengan serangan ibu tangan yang satu lagi menghentak bahagian sulit/penyawa pihak lawan!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Tuesday, May 25, 2010

Teknik "Patukan 2 Kepala Ular Bertindan"

Assalamualikum w.b.t.

Alhamdulillah hari ini berkesempatan mempelajari teknik baru yang dinamakan "Patukan 2 Kepala Ular Bertindan!

Teknik ini digunakan bilamana kita mahu melumpuhkan pergerakkan pihak lawan dengan cara kita melancarkan serangan iaitu bahagian tangan kiri ( tapak tangan di bawah ) akan ditindan dengan tapak tapak tangan kanan di bahagian atas!



Kombinasi teknik PATUKKAN ULAR ini boleh mengakibatkan kecederaan yang teruk jika serangan dilancarkan ke bahagian leher pihak lawan iaitu di bahagian pernafasan!



Teknik pukulan dengan mengeluarkan jari tengah terus ke bahagian ulu hati pihak lawan juga adalah teknik yang amat berkesan untuk melumpuhkan pihak lawan.

Juga teknik menyerang bahagian leher/kerongkong pihak lawan dengan menghentak hujung ibu jari kita juga antara teknik yang amat berkesan untuk melemahkan musuh yang merbahaya!

Teknik meMIJAK pergelangan kaki pihak lawan dengan menggunakan sendi kaki kita juga antara teknik tempur yang berkesan untuk mengalahkan pihak lawan yang berbadan sasa dan bersenjata.

Kombinasi pukulan tangan dan juga kaki ( iaitu dengan cara kita menghentak menggunakan bahagian tumit kaki kita) ke arah bahagian peha/penyawa pihak lawan adalah antara teknik yang amat praktikal untuk digunakan semasa pertempuran.

*Nota : Alhamdulillah telah berjaya 90% menyiapkan untuk menyalut "wodden dummy" dengan benda yang lembut sedikit untuk tidak mendatangkan kecederaan semasa menggunakan Wodden Dummy

Selamat Menuntut Ilmu & beramal.

Wassalam..

Basteng
[ http://www.youtube.com/watch?v=eIRy0pltg4k ]

Monday, May 24, 2010

Guru Tua Lian Yunan

Assalamulaikum w.b.t..

Berkongsi kisah perjalanan seorang Guru Tua Lian Yunan !















Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng
http://www.youtube.com/watch?v=eIRy0pltg4k

Thursday, May 20, 2010

Ilmu "Gerak Rasa" && "Lipan Berjalan"




Assalamualikum w.b.t..

Alhamdulillah berkesempatan mempelajari kaedah yang dinamakan "Gerak Rasa".
"Gerak Rasa" adalah salah satu teknik yang amat penting kerana kombinasi tindak balas badan kita akan menentukan kemana dan dimana pukulan balas kita akan dikenakan kepada pihak lawan!

Oleh itu kemahiran untuk menguasai teknik "Gerak Rasa" ini adalah dengan mengadakan latihan dengan sparing partner yang betul!

"Lipan Berjalan" adalah satu teknik yang membolehkan TAPAK kita HIDUP & tidak mati( kita bertapak dengan menggunakan anggota TUMIT kaki )!TAPAK yang HIDUP adalah amat penting sekali kerana pihak lawan biasanya akan cuba mematikan langkah tapak kita dengan mereka membuat serangan pukulan/terjahan kearah anggota kaki kita.



Oleh kerana TAPAK kita HIDUP maka serangan daripada pihak lawan mudah akan diatasi oleh kita. Pada masa yang sama dengan menggunakan TAPAK kita yang HIDUP maka serangan balas boleh dilancarkan serta merta untuk mengatasi pihak lawan yang tidak menyangka kita akan melancarkan serangan balas!

Dalam permainan Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY), serangan dengan menggunakan lutut kita dilancarkan ke bahagian lutut/tulang kering pihak lawan amatlah berkesan sekali. Tujuan utama adalah untuk menyebabkan pihak lawan TIDAK SEIMBANG!



Bagi latihan HIDUPkan Lutut, maka kita kena mengangkat anggota lutut kita separas atau lebih daripada pusat kita!






*Nota : Pendekar MELAYU bermain rapat. Bermain MASUK!Pihak lawan Pukul, dia akan kena, Pihak lawan tidak pukul, Dia pun juga akan kena! Contohilah semangat PENDEKAR seperi seekor LANDAK!!

Selamat berlatih & beramal..

Wassalam..

Basteng..

Tuesday, May 18, 2010

Jurus "Pukulan Rahsia di dalam Rahsia "

Assalamulaikum w.b.t...

Alhamdulillah pagi ini berkesempatan belajar teknik jurus baru yang dinamakan "Pukulan Rahsia di dalam Rahsia" !

Di sebabkan ia adalah RAHSIA, maka saya tidak boleh berkongsi dengan Tuan Puan sekalian perihal perkara tersebut! :)..Jika mahu tahu juga, maka dijemput berguru dahulu lah ya...

Jika pihak lawan telah menutup semua ruang anggota tunuhnya daripada diserang, maka tempat mana lagi yang boleh kita lancarkan serangan ke anggota badan musuh?

Kata kan semua tempat telah disecure oleh pihak lawan, MATA, KERONGKONG/LEHER, TELINGA, ULU HATI, PENYAWA, RUSUK & ETC..

Tips adalah kita pukul bahagian sendi anggota tangan musuh yang sedang melancarkan serangan ke arah kita!!

Iaitu di bahagian hujung buku lima, sendi siku, sendi bahu, sendi hujung jari . Dengan kata lain kita menyerang bahagian anggota SENDI di bahagian tangan musuh!

Selamat beramal !

Wassalam..

Basteng
http://www.youtube.com/watch?v=eIRy0pltg4k

"Silat Siku"

Assalamualikum w.b.t...



Alhamdulillah berkesempatan menghalusi "silat siku"!







Semua sedia maklum bahawasanya permainan siku adalah salah satu gerakkan yang bahaya. Insyallah dengan teknik pukulan siku yang betul maka pihak lawan yang tegap dan sasa boleh ditewaskan dengan mudah.









Manakala kombinasi gerakkan Helang Menyambar dan Ular Mematuk adalah salah satu gerakkan yang amat berkesan untuk menumpaskan pihak lawan.






Bahagian tangan kita bergerak dan beraksi umpama seekor Helang Menyambar manakala bahagian kaki kita pula beraksi seperti seekor Ular yang bersiap sedia untuk mematuk!Insyallah kombinasi jurus kedua ini serentak akan menumpaskan pihak lawan iaitu serangan dilancarkan di bahagian atas dan bawah badan pihan lawan serentak!



Gerakkan Mata Pendekar adalah salah satu ilmu yang kena dipelajari dan diamalkan. Ilmu ini memberi kelebihan kepada kita untuk melancarkan gerakkan serangan secara pantas iaitu sebelum pihak lawan bergerak untuk melancarkan serangan!

*Nota : Hari ahad lepas, saya & Cifu sempat menziarahi gelangang Silat Setiabakti ( http://www.silatsetiabakti.blogspot.com ) di Taman Permata. Alhamdulillah berpeluang menghadiri seminar bulanan yang diadakan disitu yang diketuai oleh Guru Zabidi.

Di bawah ini disertakan photo gelanggang Silat Setia Bakti .









Selamat beramal untuk menjadi seorang PENDEKAR! huhu

Wassalam..

Basteng
http://www.youtube.com/watch?v=eIRy0pltg4k

Thursday, May 13, 2010

Jurus tapak tangan" 3 beradik" + jurus TAPAK kaki + pukulan 2 Beradik

Assalamulaikum w.b.t,



Alhamdulillah berkesempatan mempelajari satu jurus baru yang di namakan Jurus Tapak tangan " 3 beradik".




Jurus ini memerlukan kita melancarkan 3 kali gerakkan dengan mengunakan tapak tangan berturut turut iaitu dengan cara kita memukul bahagian ruas/sendi pergelangan tangan, siku dan bahu musuh dalam 3 gerakkan serentak!






Manakala pukulan 2 beradik ialah dimana kita berada didalam posisi samada satu tangan kanan di bawah iaitu bersedia membuat pukulan di bahagian bawah badan musuh ( penyawa ). Manakala tangan kiri kita pula bersedia menyerang dibahagian atas badan musuh ( muka, leher, ulu hati)!






Kemahiran untuk menguasai gerakkan tapak Kaki supaya hidup adalah salah satu kemahiran yang mesti dikuasai oleh pelajar GPLY.Insyallah jika tapak kaki kita hidup, maka sekiranya kedua dua tangan kita bergari atau terikat, maka kita boleh lagi berjuang menentang musuh dengan menggunakan anggota tubuh kita yang lain seperti punggung, bahu, kaki ( tumit & terjah ), lutut, siku, gigit dengan gigi, air ludah, tanduk Zidaine dengan menggunakan dahi!



Pepatah ada mengatakan, hidup tapak kaki, maka insyallah kita boleh lagi mempertahankan diri kita dikala diuji. Manakala jika mati tapak kaki kita maka risiko untuk kita dijadikan mangsa adalah amat tinggi sekali!



Oleh itu, selamat menuntut ilmu dan berlatih!

Wassalam..

Basteng
[ http://www.youtube.com/watch?v=eIRy0pltg4k ]

Friday, May 7, 2010

"Gayang" & permainan TAPAK

Salam,

Alahmdulillah saya suka berkongsi satu kisah berkenaan pepatah Melayu yang berbunyi => "Sediakan payung sebelum hujan ".

Pepatah ini mempunyai maksud yang mendalam!



Tidak bermakna kita belajar ilmu mempertahan diri adalah semata mata untuk bergaduh & mencari musuh!

Niat kita belajar mestilah jelas iaitu ikhlas semata mata kerana ALLAH S.W.T! Juga dengan niat untuk jaga kesihatan & beriadah!



Jika kita rajin memerhati di kawasan taman permainan, kita sering kali melihat "Uncle/Untie" yang berbangsa Cina akan mengamalkan senaman seperti Tai Chi!

Tahukah kita semua, Tai Chi sebenarnya adalah seni tempur pertahanan diri yang amat berkesan kerana salah satu konsepnya ialah menggunakan tenaga pihak lawan untuk mengalahkan pihak lawan itu sendiri!




Berbalik kepada buah tempur Gerak Pukul Lian Yunan, saya bersyukur kerana dengan izin ALLAH S.W.T saya berpeluang mempelajari ilmu ini.



Biasalah ada manusia akan berkata, tak perlu belajar benda benda macam ini, just guna pistol aja! Sebenarnya manusia itu tak menyedari mananya dia boleh dapatkan pistol kecuali dia adalah polis ker, kongsi gelap ker..

Doh tua tua baru nak belajar? " Better late than never " lor!! Saya berpendapat wajib kita menyiapkan "Payung" sebelum hujan!Wajib kita mengajar/menasihati anak anak kita untuk berjaga jaga bilamana berada diluar kerana pada masa sekarang ramai peMANGSA yang mahu mencari MANGSA! Di luar sana ramai manusia yang SAKIT OTAK, HATI GILA!Kita tidak tahu bila & ketika kemungkinan kita akan bertembung dengan jenis manusia yang macam itu.



Mungkin juga ketika kita leka baru mengeluarkan duit daripada ATM, tiba-tiba datang manusia yang berhajat jahat mahu membunuh kita kerana semata mata mahu merompak duit kita!

Juga kemungkinan kita sedang menunggu bas bersama teman-teman, tiba tiba datang satu Van yang modus operandinya adalah menculik kanak kanak untuk dijadikan peminta sedekah!

Dengan tulang empat kerat inilah Rasulullah & para sahabat bertempur bergadai nyawa berlawan dengan orang orang kafir & munafik!



Inilah ilmu tempurnya!

Gayang/kelik adalah salah satu jurus penting di dalamn GPLY. Tapak kaki kita tetap tetapi badan kita bergerak & beralun seperti ular! Insyallah tumbukkan/tikaman boleh disambuti!

Masih ingat bagaimana si Celaka Bush mengelak daripada terkena kasut yang dibaling oleh pemberita Iraq!Itulah gerakkannya! :)

Disusuli permainan TAPAK yang hidup adalah amat penting untuk seorang penuntut GPLY! Jika TAPAK hidup, kita akan merasa langsung tidak kekok untuk menyambut kedatangan lawan kita walaupun lawan kita berada di sisi KIRI ker, sisi KANAN ker, sisi BELAKANG ker!




Tips yang perlu diingat disini ialah badan kita mesti berdepan dengan pihak lawan kita!



Untuk memahirkan diri, pelajar GPLY mestilah berlatih juga dengan partner yang betul! Jangan hanya mengharapkan kita boleh menjadi seorang PENDEKAR dengan semata mata berlatih & buat latihan dengan "Wooden Dummy" sahaja! :)

Selamat beramal & berlatih..

Wassalam..

Basteng