Wednesday, May 26, 2010

Jurus " 2 Gerak Langkah MAKAN"

Assalamualikum w.b.t...

Alhamdulillah berkesempatan mempelajari jurus yang dinamakan " 2 Gerak langkah MAKAN".



Jurus ini memerlukan kita bergerak 1 tapak kearah sisi kanan/kiri musuh sambil pukulan dibuat ke sendi siku pihak lawan diikuti dengan tumbukan berturut turut ke muka/telinga pihak lawan, disudahi dengan tumbukan ke sisi kanan/kiri rusuk pihak lawan!

Pada masa yang sama, gerakkan 1 tapak MASUK ke arah tengah badan pihak lawan dilakukan dengan bahagian lutut kita menCARI untuk makan bahagian lutut pihak musuh. Ini akan mengakibatkan pihak lawan tidak stabil (in-balance).Pada masa yang sama pukulan terus menerus di buat ke bahagian muka pihak lawan, disusuli ke bahagian ulu hati/dada pihak lawan dan seterusnya tumbukan ke bahagian penyawa pihak lawan. Juga gerakkan menarik & menghentak tumit kaki kita dilancarkan ke bahagian peha yang berdekatan atau mengenai bahagian sulit/penyawa pihak lawan! Di sudahi dengan pukulan lutut ke arah muka/dada/penyawa/peha pihak lawan!



Juga ada jurus yang menggunakan bahagian bahu! Jurus ini memerlukan kita masuk DALAM iaitu bilamana pihak lawan melancarkan serangan, maka kita akan membuat gerakkan MASUK sambil bahagian bahu kita digunakan sebagai senjata untuk menghentak bahagian dada/ulu hati pihak lawan!




Juga teknik kita masuk sendeng ke arah tengah badan pihak lawan sambil kita menggunakan siku kita untuk menghentak dada/ulu hati pihak lawan! Diikuti dan disusuli dengan siku kita yang satu lagi menghentak/melibas bahagian muka musuh dan diikuti dengan serangan ibu tangan yang satu lagi menghentak bahagian sulit/penyawa pihak lawan!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

No comments: