Assalamualaikum w.b.t...
1. Teknik yang betul dikala berhadapan dengan pihak lawan yang bersenjata ( pisau, parang & etc ), kedua dua tangan kita adalah dalam posisi turun ke peha. Ini kerana kita tidak mahu kita bertindak dengan menggunakan kedua tangan kita sebagai penyangga & perisai iaitu bilamana pihak lawan menghayun parang!
2. Masuk dengan teknik Belah Ombak dan juga kombinasi Kelik Perahu( tapak kaki adalah dalam kedudukan tetap tetapi badan kita melintuk liok seperti ular ) dan Dayung Sampan ( melangkah 1 @ 2 tapak ke belakang ) antara teknik yang sesuai untuk menghadapi pihak lawan yang bersenjata.
3. Pergerakkan yang terhasil daripada Jurus 1 adalah amat banyak sekali! Kita dengan mudah sebenarnya boleh makan luar atau makan dalam dengan Jurus 1 sahaja!
4. Serangan yang dilancarkan dengan menggunakan lutut kita terus ke bahagian sendi lutut pihak lawan & seterusnya kita melancarkan serangan "patukkan" ke anggota kaki pihak lawan yang berlawanan!
Sebaiknya serangan lutut itu dilancarkan ke anggota sendi lutut pihak lawan yang bertindak sebagai paksi!
5. Tendangan lurus "jab" boleh terus dilancarkan ke pihak lawan iaitu dengan melancarkan tumit kaki kita terus ke bahagian dalam peha iaitu berdekatan dengan penyawa atau pun kita terus memukul penyawa/tulang rusuk pihak lawan!
6. Alhamdulillah, aku berkesempatan juga mempelajari kaedah yang betul bagaimana gerakkan "pulas" pergelangan tangan pihak lawan boleh dilancarkan ke pihak lawan! Teknik ini seperti teknik mainan Aikido!
7. Untuk maklumat, pukulan terus ke bahagian telinga sebenarnya adalah bahaya kerana boleh mengakibatkan pihak yang terkena pukulan tersebut pekak kerana blood clog boleh terjadi & juga gegendang telinga rosak! Oleh itu selalu beringat kecuali pihak lawan sememangnya bertujuan untuk memBUNUH kita maka antara pilihan terbaik yang kita ada adalah melumpuhkan pihak lawan dengan apa cara sekalipun!
8. Juga mempelajari & mendalami teknik yang di panggil :
(a) Teknik angkat atas dua.
- Teknik ini akan mengakibatkan lengan bahu pihak lawan akan terangkat ke atas aiaitu sampai menutup matanya sendiri! Juga mengakibatkan pihak alwan tidak mampu melancarkan serangan balas kerana pergerakkannya sudah dibatasi!
(b) Teknik tengah dua.
- Teknik ini akan mengakibatkan badan / pergerakkan pihak lawan beralih ke sisi kanan/kiri! Akibatnya pihak lawan sama sekali tidak mampu dan bermaya untuk melancarkan serangan balas!
(c) Teknik Tekan bawah dua.
- Teknik ini tujuannya adalah untuk kita terus mematikan gerak tangan pihak lawan agar dia tidak boleh sama sekali untuk bergerak! Seperti dalam permainan Chess ia dipanggil Check Mate!
*Nota : Semua ketiga tiga teknik di atas memerlukan kita mencari bahagian pangkal bahu pihak alwan iaitu dengan cara kita menarik/nolak bahagian anggota siku hingga ke bahu pihak lawan!
9. Bagi teknik Jurus 10 & ll ( iaitu jurus mainan bawah bagi GPLY ), sasaran utama yang dicari untuk diserang adalah anggota sendi lutut pihak lawan! Dengan menggunakan tapak tangan kita akan menekan/memukul/memeteh anggota sendi lutut pihak lawan kita agar ia patah/tidak stabil!
10. Latihan pukul 3 iaitu tumbukkan & pukulan di buat ke bahagian anggota :
(a) Atas - Muka
(b) Tengah - Dada/Ulu Hati
(c) Bawah - Penyawa
11. Latihan pukul 5 iaitu teknik tumbukkan & pukulan di buat ke bahagian anggota :
(a) Atas - Muka
(b) Atas - Leher
(c) Tengah - Rusuk Kanan/kiri
(d) Tengah - Dada/Ulu Hati
(e) Bawah - Penyawa
*Nota : Bagi pukul 5, badan kita kena "gayang" seperti badan ular!
12. Serangan/pertahanan dengan menggunakan anggota lutut adalah satu teknik yang amat berkesan di dalam petempuran.
Andai kata, ada pihak lawan masuk meluru membabi buta maka apa yang perlu kita lakukan adalah dengan mengangkat anggota lutut kita iaitu seeloknya seprasa dengan pusat kita! Akibatnya pihak lawan kita akan terhenti kerana terkena anggota lutut kita!
Permainan lutut GPLY dengan Muai Thai adalah berbeza sedikit !
13. Satu teknik baru yang dipelajari dipanggil sebagai "Pukul Silang Bahu + Siku"! Dengan wajah yang selamba, bilamana kita berselisih bahu dengan bahu antara kita dengan pihak lawan kita maka kita dengan pantas terus mengangkat siku kita & beri hentakkan pukulan ke siku/bahu pihak lawan!
Kesan dari pukulan ini akan mengakibatkan pihak lawan kita terus jatuh tersungkur & cedera parah!
Selamat menuntut ilmu & beramal..
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment