Wednesday, November 10, 2010

Senaman Kesihatan Orang Melayu

Assalamualikum w.b.t...

Untuk makluman, permainan Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) bukan seperti permainan SILAT ! GPLY tiada bunga! Contohnya boleh melihat bagaimana seorang street-fighter dijalanan bergaduh iaitu matlamat adalah untuk menumpaskan pihak lawan seberapa cepat sehinggalah pihak lawan tidak mampu & berdaya membuat serangan balas balik.

Dalam alam Melayu, banyak pertubuhan silat yang ada seperti Silat Gayung, Silat Cekak, Silat Lincah,Kuntau, Silat Cimande ( aku pernah belajar selama 2 tahun ) & non silat seperti Tae Kwan Do, Karate, Wushu, Wing Chun, Aikido & etc.

Ada pepatah yang berkata, permainan LIAN GPLY tidak cantik! Tetapi insyallah bila kena hanya ALLAH S.W.T yang ketahui betapa nikmatnya!

Permainan LIAN penuh dengan tipu muslihat! Pijak kaki, tolak badan pihak lawan seperti gusti/American Football, pukul curi & etc.

Bilamana seorang penuntut LIAN melangkah untuk buat serangan, sepatutnya kesemua anggota anggota tubuh akan berturut turut menyerang iaitu 11 anggota iaitu :
(a) 2 anggota kaki
(b) 2 anggota Lutut
(c) 2 anggota Siku
(d) 2 anggota bahu
(e) 2 anggota tangan
(f) 1 anggota kepala ( dahi untuk menghentak seperti hantukkan Zidane dalam World Cup , air liur untuk ludahan untuk mengabui pihak lawan, gigi untuk mengigit seperti Mike Tyson menggigit telingga Holerfield!

Kelima lima anggota jari kita ada fungsi masing masing. Antaranya :
(a) Jari Kelingking. Biasanya untuk korek hidung yang gatal.
(b) Jari Manis. Untuk hiasan iaitu untuk menyarung cincing persandingan.
(c) Jari Hantu/Tengah. Sombong coz dia yang paling panjang! Bilamana dalam hutan ada petua dari orang asli bangsa Iban iaitu gigit jari hantu jika rasa takut kerana untuk menghalau Hantu! Juga bertindak sebagai alat membunuh!
(d) Jari Telunjuk. Bagi ibadat solat!
(e) Ibu Jari. Sebagai pemegang iaitu pelengkap anggota tangan. Juga bertindak untuk menunjuk tanda bagus!

Jika kesemua 5 jari tersebut digenggam erat, maka terhasillah Buku Lima yang boleh dijadikan senjata untuk menumbuk!

Siku adalah antara anggota tubuh yang paling berkesan untuk digunakan sebagai senjata pertahanan diri kita.

Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ), ada teknik permainan siku yang dinamakan sebagai "Selak Siku ".




Dengan menggunkan siku maka serangan kita lancarkan tepat ke bahagian sendi lengan pihak lawan dan seterusnya serangan siku hinggap ke bahagian muka/dada pihak lawan!

Dalam kedudukan posisi Jurus 3 sebenarnya itu adalah salah satu kedudukan menyerang seoarang pengamal GPLY.

Iaitu satu tangan berada dibawah pusat iaitu arah kedudukan seperti menumbuk kebawah arah tanah ( untuk menumbuk kaki pihak lawan !) , manakala satu anggota tangan yang satu lagi dalam kedudukan menunjuk ke langit!

Permainan Lian Jurus 1 adalah penuh dengan tipu muslihat! Bilamana satu tangan sedia melancarkan serangan misalnya dengan menggunakan senjata kerambit/pisau, satu lagi anggota tangan akan "menutup" tangan yang memegang senjata.

Tujuannya adalah agar pihak lawan tidak menyedari bahawasanya ada senjata sebenarnya yang dipegang oleh anggota tangan yang satu lagi. Elemen "suprise" ini boleh mengakibatkan kecederaan yang parah kepada pihak lawan.

Jurus 10 & jurus 11 adalah permainan cara rendah/bawah. Jurus ini memerlukan badan kita diturunkan di bawah paras pusat sehingga ke paras bumi!




Sebenarnya jurus 10 & 11 ini adalah sangat bersesuaian untuk exercise!
Semenjak hari selasa lepas, aku & seorang sahabat kelas mengaji telah menuntut dengan Sifu aku berkenaan Senaman Tradisional Orang Melayu dulu dulu!



Buat makluman, sahabat aku ini ( dia baru berumur 44 tahun )menghadapi masalah iaitu sudah hampir setahun dia merasakan badannya sangat lesu/letih/rasa nak tumbang aja.







Alhamdulillah semenjak sahabat aku ini mengamalkan beberapa siri senaman yang melibatkan anggota otot tunit kaki, kaki, pinggang, perut, urat belikat, kepala & ett, maklumat terkini yang aku perolehi dari member aku itu dia semakin rasa cergas.




Root cause kemungkinan besar berkait rapat dengan masalah urat saraf @ pengaliran darah yang tersumbat kerena walaupun dia telah pergi buat pemeriksaan kesihatan dengan berjumpa pakar perubatan, doktor Specialist berkata tiada apa apa masalah dengan dia.

Pemeriksaan darah, jantung, telinga semuanya dalam keadaan okay.



Justeru, untuk amalan harian disamping menjaga pemakanan yang betul & berkhasiat maka amalan membuat senaman GPLY ini teramatlah pentingnya.




Dari pemerhatian aku, senaman ini seakan akan Tai Chi pun ada. Gerakkan seperti Senaman Harimau & cara mengambil nafas yang betul mestilah diamalkan secara berterusan.



No Pain, No Gain!

*Nota : Semalam ( rabu [ 11 Nov 2010 ], aku baru menerima buku Senaman Tua yang aku tempah sejak 3 minggu yang lepas daripada syarikat AZLAM GHANIE. http://senaman-tua.blogspot.com/

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

No comments: