Wednesday, March 30, 2011

Kaki

Assalamualaikum w.b.t...

Kaki adalah antara anggota badan yang paling penting dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ).

Tanpa gerakkan kaki, maka walaupun seorang pengamal bela diri mempunyai kepantasan tangan, siku atau lutut, namun jika tanpa pergerakkan kaki untuk mara masuk bertempur tidak dilakukan maka pertempuran tidak akan berlaku!



Di sinilah peri pentingnya pergerakkan tapak iaitu pergunaan anggota kaki.

Jika pihak lawan masuk menyerang dengan melancarkan serangan bersenjata, maka jika kita mengelak dengan bertapak iaitu melangkah 1 tapak undur ke belakang maka insyallah serangan lawan kita tersebut boleh di atasi.



Jika pihak lawan bersenjata panjang seperti dengan menggunakan parang atau pedang samurai, maka timing untuk mencari ruang untuk melangkah maju dengan masuk ke arah pihak lawan mesti dilakukan dengan nekad. Ini sahaja caranya untuk mengatasi lawan kita yang bersenjata!

Jika kita was was iaitu kita tidak membuat keputusan untuk mara masuk dengan melangkah masuk bertembung dengan pihak lawan, maka kebiasaanya kita tidak mampu menghadapi bilasan senjata pedang yang dihayunkan tersebut.



Dikisahkan disebabkan peri pentingnya anggota kaki maka timbullah istilah seperti kaki pukul, kaki masjid, kaki disko, kaki pancing & etc...bukannya tangan masjid atau mulut disko !

Contohnya hati kita tekad dan berazam untuk pergi ke masjid. Mulut kita pun sudah berbuih memberitahu anak isteri akan perancangan dan azam kita untuk pergi ke masjid. Namun kerana KAKI kita malas nak melangkah, akibatnya kita hanya mengerjakan ibadat solat di rumah sahaja !



Antara gerakkan close combat yang cifu aku amalkan ialah bilamana cifu aku masuk bertempur iaitu kebiasaanya dia masuk dari sisi luar, maka sambil anggota tangannya cuba check mate kan pihak lawan, di samping itu dengan melangkah masuk anggota kakinya, maka dengan timing dan kedudukan jarak posisi kaki yang sesuai maka jurus turun anggota lutut akan dilancarkan ke anggota sendi lutut pihak lawan.

Akibatnya kombinasi serangan anggota tangan dan anggota lutut akan mengakibatkan pihak lawan patah atau tergeliat atau terkehel sendi lututnya!

Latihan masuk melangkah anggota kaki & jurus turun anggota lutut boleh di amalkan dengan menggunakan Wooden Dummy.



Untuk mengatasi serangan tendangan kaki pihak lawan, maka kita boleh menggunakan anggota siku kita iaitu dengan menurunkan anggota siku yang keras dan tajam terus dihentak ke anggota peha atau kaki pihak lawan!



Ludahan, gigitan, hantukkan dengan menggunakan kepala, pijak kaki, cucuk mata adalah beberapa kaedah yang boleh dan di benarkan di dalam pertempuran!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

2 comments:

Rofi said...

Hi Basteng,

Kaki yang paling tak bahaya ialah..
KAKI TIDO

Anonymous said...

Hi Rofi,

Tepat jawapan awak..
Kucing saya bernama Tompok sememangnya dia kaki TIDO..mata dia selalu tidak boleh diangkat!