Tuesday, April 5, 2011

GPLY : 11 jurus, 11 anggota, 11 hari, 11 bulan, 11 tahun

Assalamualaikum w.b.t...

Ada 11 anggota yang digunakan di dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ).

1. 2 anggota kaki
2. 2 anggota lutut
3. 2 anggota siku
4. 2 anggota bahu
5. 2 anggota tangan
6. 1 anggota kepala

Aku lebih gemar menggunakan anggota kaki, lutut, siku & tangan!
Antara 4 anggota ini, kombinasi turun lutut, pukulan menggunakan siku & lutut serta menggunakan anggota kaki untuk menyerang sendi anggota lutut, tulang rusuk,peha/penyawa pihak lawan adalah antara jurus campur tempur yang aku suka!

Dalam permainan LIAN, teknik seperti Tumbuk, Tepis, Tolak, Tarik, Pijak, Kuis & Pukul adalah antara corak jurus yang boleh digunakan.



Contohnya, lawan kita adalah jauh sedikit dari radius kawasan yang boleh dicapai oleh anggota serangan kita. Maka, kita boleh TARIK musuh kita agar dekat dengan kita iaitu dengan cara kita menarik anggota tangan, kaki, bahu, rambut, kolar baju/seluar atau janggut lawan kita!





Aku berpendapat kombinasi teknik pukulan Muay Thai yang diguna pakai oleh Tony Jaa dalam filem Ombak dengan teknik pukulan Wing Chun yang di guna pakai oleh Donny Yan di dalam filem IP Man adalah antara teknik buah pukul terbaik !



Sebenarnya di dalam GPLY sememangnya mengandungi gerakkan & pukulan daripada Muay Thai & Wing Chun. Manakala teknik tarik, kuis/tepis sambil menggunakan tenaga lawan untuk mengalahkan pihak lawan juga ada di dalam GPLY . Konsep menggunakan tenaga pihak lawan ada juga di dalam seni beladiri seperti Tai Chi & Akido !




Ada satu jurus tempur yang dinamakan Sapu Angin !

Jurus Sapu Angin ini sebenarnya adalah di gunakan bilamana lawan kita adalah lebih daripada seorang!

Katakan kita sedang bertempur dengan 3 orang pihak lawan yang ganas. Maka apa pun, kita tidak hanya boleh fokus kepada seorang pihak lawan sahaja kerana ada 2 lagi lawan kita yang boleh melancarkan serangan curi atau dari bahagian belakang kita!

Oleh itu, fokus untuk terus melumpuhkan lawan kita dengan 1 pukulan mesti di lancarkan. jika tidak sudah tentu kita akan menjadi mangsa!

Andaikan pihak lawan masuk dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan pukulan tumbukkan tangan kiri yang padu & mantap dilancarkan terus ke anggota rusuk kanan pihak lawan. Sambil kita terus melangkah masuk sambil serangan ke anggota rusuk kiri pihak lawan pula dilancarkan oleh kita. Sambil kita mesti fokus kepada pihak lawan yang lain pula.



Teknik Sapu Angin ini terhasil kerana kita berjalan masuk secara pantas & bersahaja sahaja . Sambil pukulan tumbukan tangan yang padu di lancarkan ke anggota rusuk kanan & kiri lawan kita!

Pengamal LIAN tidak tamak untuk makan besar! Pengamal LIAN mencari anggota rusuk & juga bahagian anggota yang lembut seperti bahagian anggota di bawah ketiak semasa melancarkan pukulan!



InsyAllah tidak kira sama ada pihak lawan kita bersaiz besar atau kecil, jika kena teknik pukulan maka lawan kita yang bersaiz besar pun insyAllah akan tumbang!

GPLY mempunyai 11 jurus gerak tempur. Insyallah aku merancang untuk berkongsi akan setiap jurus yang ada di dalam GPLY.

Maklumat yang aku perolehi daripada Cifu aku, GPLY boleh dipelajari dalam

1. 11 hari
2. 11 bulan
3. 11 tahun

Aku pula baru belajar selama 3 tahun...maka ada 8 tahun lagi nak habiskan pelajaran nampaknya! :)

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

No comments: