Saturday, October 29, 2011

Siku Kapak

Assalamualaikum w.b.t...

Aku serasi belajar ilmu pertahanan diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) ini kerana teknik lian yang telah aku belajar dari sifu aku adalah ringkas tetapi berkesan !

GPLY langsung tiada bunga tari seperti tangan kembang & etc!




Contohnya , jika pihak lawan masuk secara meluru @ membabi buta maka kita boleh meNARIK/menGUIS/meNOLAK/meNEKAN/mengANGKAT anggota sendi tangan sambil meMIJAK anggota kaki pihak lawan serentak ! Dengan cara kita meNARIK anggota tangan/kaki seluar/rambut/janggut/kolar baju & etc sudah memadai kerana pihak lawan kita akan menjadi TIDAK SEIMBANG/STABIL & seterusnya kita boleh menghumbangkan lawan kita ke dalam longkang/dinding/pokok !

Pihak lawan kita akan mencederakan dirinya sendiri kerana kita hanya perlu meNARIK/menGUIS/meNOLAK/meNEKAN/mengANGKAT sahaja apa yang anggota tangan/kaki kita sempat capai !



Suka berkongsi akan pengalaman aku semasa menganggotai silat Cimande selama 2 tahun, bermacam macam bunga yang diajar tetapi disebabkan tidak berpeluang belajar buah combat juga tidak faham apa guna pergerakkan yang diajar tersebut maka hasilnya aku tidak dapat mengamalkan ilmu silat tersebut untuk mempertahankan diri !



Antara gerakkan mudah tetapi amat berkesan ialah bilamana pihak lawan masuk menyerang dengan tumbukkan/bersenjata dari sisi kanan maka dengan menggunakan "kait buah" iaitu bahagian V yang terbentuk dari kedudukkan anggota ibu jari tangan dengan anggota jari tangan yang dibuka, maka dengan menggunakan anggota tangan kanan yang dalam posisi kedudukkan "kait buah V " , maka kita akan mengangkat anggota sendi siku kanan pihak lawan ke atas sambil dengan pantas kita akan melancarkan serangan anggota siku kanan kita ( teknik Siku kapak ) ke arah kawasan sasaran iaitu anggota ulu hati/dada/muka pihak lawan !

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Monday, October 24, 2011

Tagline GPLY : CEPAT, TEPAT & PADAT

Assalamualaikum w.b.t

Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ), seorang pengamal GPLY adalah dikehendaki untuk melancarkan tumbukkan secara CEPAT, TEPAT & PADAT !




Untuk menjadikan pukulan kita adalah CEPAT, TEPAT & PADAT ini memerlukan latihan pukulan menggunakan wooden dummy @Orang Kayu dilakukan secara berterusan .

Tumbukkan 3 iaitu tumbukkan ke anggota MUKA, ULU HATI/DADA & PENYAWA dilakukan terhadap pihak lawan secara serentak !




Ini bermaksud seorang pengamal GPLY bilamana melancarkan serangan tumbukkan maka sekurang kurangnya 3 buah pukulan akan dilancarkan secara CEPAT, TEPAT & PADAT ke 3 anggota sasaran iaitu anggota bahagian MUKA, ULU HATI/DADA & PENYAWA !

Teknik tumbukkan cara di atas adalah secara mengadap iaitu secara bersemuka.

Manakala ada juga cara pukulan di buat secara sisi. Ini bermaksud kerana kita tidak mahu melihat wajah pihak lawan atau pun kita takut bersemuka secara berhadapan.

Oleh yang sedemikian, jadi kita melancarkan serangan ke anggota telinga & rusuk !

Ke dua anggota sasaran di atas tersebut adalah sebenarnya sangat berbahaya & berkesan untuk melumpuhkan pihak lawan kerana jika tumbukkan dilancarkan ke anggota telinga pihak lawan akan tidak stabil & kita akan melumpuhkan pergerakkan pihak lawan.

Begitu juga tumbukkan yang disasarkan ke anggota rusuk pihak lawan akan memberi kesan kesakitan yang amat sangat. Jika tumbukkan yang dilancarkan amat kuat kemungkinan tulang rangka anggota rusuk akan patah dan ini akan menyebabkan kecederaan parah & serious kepada pihak lawan !

Oleh itu kita jangan bergurau dengan cara membuat pukulan ke anggota rusuk !

Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam...

Basteng

Thursday, October 20, 2011

SENDAL

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah aku berkesempatan mengadap sifu aku.

Antara teknik Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) yang ingin aku berkongsi disini yang aku namakan sebagai teknik SENDAL !

Bilamana kita terpaksa berhadapan face-to-face dengan pihak lawan, maka dengan gerakkan jurus 1 maka badan kita akan turun serendah yang mungkin (kedudukan anggota badan seperti photo di bawah ) .



Katakanlah jika pihak lawan masuk dengan anggota sisi kanan iaitu pihak lawan melangkah 1 langkah kehadapan (anggota kaki kanan pihak lawan dihadapan ) , maka kita akan menyambutnya dengan kedudukan anggota kaki kiri kita akan menYENDAL iaitu bersetentangan dengan anggota kaki kanan pihak lawan !

Maka dengan anggota badan kita direndahkan maka dengan menggunakan anggota siku kiri @ anggota tapak tangan kiri kita akan menyerang ( meNEKAN/meNARIK/meNOLAK/menGUIS ) anggota sendi lutut kanan pihak lawan !

Ini akan menyebabkan pihak lawan tidak stabil@inbalance jadi serangan anggota siku/tangan/sepakan/lutut/kepala/bahu kita dilancarkan bertubi tubi sehinggalah pihak lawan terus lumpuh.

Untuk mengamalkan teknik SENDAL ini memerlukan latihan yang berterusan kerana risiko jikalau kita lambat atau posisi anggota tubuh kita terlampau tinggi akan membuka ruang yang mudah kepada pihak lawan untuk melancarkan serangan anggota tangan kepada kita !

Teknik SENDAL ini untuk kita MAKAN besar tetapi jika tersilap buat percaturan ditakuti kita akan mudah tercedara kerana teknik ini juga memberi ruang yang terbuka/luas kepada pihak lawan untuk bertindak balas & mengakibatkan kecederaan parah kepada kita !

Teknik SENDAL ini adalah berkaitan dengan jurus 10 dalam GPLY.

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Monday, October 17, 2011

Jurus Buah Pukul yang ringkas tetapi berkesan

Assalamualaikum w.b.t..

Selama aku menuntut dengan sifu aku, aku perhatikan kebanyakkan buah pukulan sifu aku adalah mudah, ringkas tetapi teramatlah bahayanya !

Antara buah pukulan yang aku maksudkan ringkas tetapi berkesan ini ialah :

1. Bilamana pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan, maka sifu aku dengan bersahaja sahaja akan "bergayang" tubuhnya ( gerakkan tubuhnya seperti gerakkan seekor ular tedong selar iaitu bergerak dari kiri ke kanan atau dari paras bawah ke atas ! ) maka satu tumbukkan pantas, tepat & padu menggunakan anggota tangan kanan atau kiri akan di sasarkan ke anggota rusuk kanan pihak lawan ! ( seperti photo di bawah ! )



Sambil pada masa yang sama, iaitu dari paras bawah iaitu tanpa disedari oleh pihak lawan, maka anggota tangan kanan atau kiri sifu aku yang baru sekejap tadi melancarkan tumbukkan ke anggota rusuk kanan pihak lawan , akan terus mencari sasaran di bahagian anggota leher/halkum pihak lawan pula dengan gerakkan menyucuk ! ( seperti photo di bawah ! ) Akibatnya saluran pernafasan lawan kita akan tersekat & jika tidak diberi rawatan awal maka dikhuatiri boleh menyebabkan kematian !



*Nota : Gerakkan teknik pukulan sebegini ini aku namakan 1 pukulan menghasilkan 2 buah serentak ! Teknik pukulan ini khusus digunakan sekiranya pihak lawan kita bersenjata & memang bertujuan mahu membunuh kita!

2. Satu lagi gerakkan yang bersahaja tetapi amat berkesan dan merbahaya ialah bilamana pihak lawan masuk menyerang dengan anggota kanan maka kita akan menyambutnya dengan mengangkat anggota lutut ( kanan @ kiri ) kita separas pusat dan seterusnya HENTAMAN/HENJANGAN menggunakan anggota kaki kiri atau kanan kita disasarkan terus ke anggota sendi peha/lutut/penyawa/kaki kanan pihak lawan !



Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

Thursday, October 13, 2011

ilmu sihir

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah pagi tadi berkesempatan mengadap sifu aku.

Aku berkongsi dengan dia tentang kisah pengamal ilmu hitam .

Daripada maklumat yang aku perolehi, amalan membaca surah Al-Fatihah, 4 Kul, Ayat Kursi, Matsurat/Manzil, selalu berwuduk, selawat, baca & sedekahkan surah Ya-Sin, bangun di 1/3 malam dengan mengerjakan amalan ibadat solat malam seperti Solat sunat Taubat, Tahajjud, Istikarah & hajat adalah amalan yang perlu diamalkan dalam menghadapi pihak lawan yang menggunakan ilmu sihir. !




Sifu aku berkongsi pengalamannya semasa bertugas di Sabah dimana dengan mata kepala dia sendiri menyaksikan bagaimana seorang Haji yang mengamalkan ilmu sihir/hitam dengan selamba sahaja mencabut kepala & meletakkan kepala ( kepala Haji itu sendiri ) tersebut di atas dashboard jip askar !

Semua yang dalam jip askar itu terketar ketar kerana ketakutan .

Haji tersebut mengamalkan ilmu sihir/hitam tersebut kerana mereka perlu berhadapan dengan pihak musuh seperti lanun yang senantiasa menyerang kampung tersebut . Dengan mengamalkan ilmu tersebut, maka kampung tersebut selamat dan bebas daripada ancaman lanun !

Untuk perhatian, dalam islam seorang pengamal ilmu sihir dibolehkan dijatuhi hukuman mati kerana seorang pengamal ilmu hitam sudah jelas syirik kepada ALLAH S.W.T !

Suka berkongsi bilamana pihak lawan masuk menyerang dengan menumbuk /menikam dengan menggunakan anggota tangan kanan maka kita akan menyambutnya iaiti dari sisi luar, kita dengan menggunakan anggota lengan kanan kita akan mengangkat anggota tangan kanan pihak lawan ke atas sehingga lawan kita menjadi tidak stabil sambil pada masa yang sama anggota kaki kanan kita akan meMIJAK anggota kaki kanan pihak lawan ! Akibatnya lawan kita tidak mampu membuat serang balas kerana dia sudah tidak seimbang !



Sambil seterusnya serangan dengan menggunakan anggota tumbukkan/siku disasar ke anggota rusuk kanan pihak lawan sehingga pihak lawan tak bermaya !



Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam...

Basteng

Sunday, October 9, 2011

Jurus 1 & Wooden Dummy @ Orang Kayu

Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillah hari ini berkesempatan mengadap sifu aku.

Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku pelajari ini mengandungi 11 jurus.

Jurus 1,2,3,4 & 5 adalah jurus menggunakan anggota tangan & siku.
Manakala, jurus 6, 7, 8, 9 adalah jurus menggunakan anggota kaki & lutut .
Jurus 10 & 11 adalah jurus bawah iaitu kita menyerang pihak lawan dari paras bawah ke atas !




Sifu aku berkongsi akan peri pentingnya untuk aku menguasai jurus 1 !
Sesiapa yang berjaya menguasai jurus 1 sudah layak untuk bertempur di jalanan !

Al kisah diberitakan ada seorang anak murid arwah Acik Bakar ( Guru sifu aku ) yang menuntut & belajar GPLY yang mahir jurus 1 sahaja dan selepas berhijrah ke tempat lain telah membuka gelanggang & menjadi guru silat !



Jurus 1 adalah teknik menggunakan anggota tangan iaitu dengan menggunakan anggota tangan kita boleh meNARIK, mengHENJUT, menGANGKAT, MEMBUANG, meMASUK anggota tangan lawan kita !

Sifu aku sempat memberi tunjuk ajar cara yang betul untuk membuat latihan Jurus 1 dengan menggunakan Orang kayu @ Wooden Dummy iaitu satu anggota tangan kita akan berada di bahagian paras bawah untuk meNOLAK/BLOCKING manakala anggota tangan kita yang satu lagi akan membuat & melancarkan serangan tumbukkan ke arah anggota muka,rusuk atau dada pihak lawan !






Ke dua dua anggota tangan kita mestilah senantiasa HIDUP iaitu bilamana 1 anggota tangan melancarkan serangan maka 1 anggota tangan kita yang lain akan berfungsi untuk defence & bersedia bila bila masa untuk mengambil tugas untuk melancarkan serangan balas !




Jika kita sudah menguasai & mahir jurus 1, sebenarnya sudah memadai jika kita hanya menggunakan 1 anggota tangan sahaja yang akan berfungsi untuk defense & menYERANG !

Apa apa pun, latihan beterusan menggunakan Orang Kayu mestilah dibuat agar kita dapat menguasainya...

Untuk pandai berenang, maka kita kena belajar berenang di kolam renang.Begitu juga untuk belajar menunggang basikal, maka kita kena membuat latihan dengan menggunakan basikal.

Tidak boleh belajar berenang & naik basikal secara teori sahaja.

Jadi untuk menguasai, jurus 1 dalam GPLY maka kita kena buat latihan dengan menggunakan Wooden Dummy @Orang kayu !

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Friday, October 7, 2011

Lagu Retro...

Assalamualaikum w.b.t..

Aku nak jiwang sikit layan dengar lagu lagu retro yang penuh nostalgia & menusuk kalbu !



































layannn....

Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

Wednesday, October 5, 2011

Jurus 5 : Teknik mainan anggota tangan GPLY

Assalamualaikum w.b.t...

Jurus 5 dalam Gerak Pukul Lian Yunan [ Lian Campur ] adalah teknik menggunakan anggota tangan dalam melancarkan serangan ke anggota muka & tubuh pihak lawan.

Buah pukulan yang terhasil dari gerakkan jurus 5 adalah berbagai bagai antaranya :

1. Apabila kita sedang berhadapan pihak lawan secara bersemuka dan pihak lawan melancarkan tumbukkan/tikaman dengan menggunakan anggota kanan, maka dengan applikasi jurus 5 ini ialah kita akan menyambutnya dengan menggunakana anggota buku lima tangan kiri kita secara pantas terus menghentak/memukul sendi bahagian dalam anggota siku kanan [ pelapik anggota sendi bahagian dalam ] pihak lawan. [ BUAH A ]

Anggota tangan kiri kita yang telah melancarkan serangan ke anggota sendi siku [ bahagian dalam ] lawan kita pula dengan secara pantas akan membuat pukulan ke bahagian anggota muka pihak lawan ! [ BUAH B ]



Seterusnya akan disusuli dengan pukulan anggota tangan kanan kita ke bahagian anggota dada/ulu hati pihak lawan [ BUAH C ] & seterusnya tanpa memberi peluang langsung maka disusuli dengan tumbukan pukulan anggota tangan kiri kita terus ke sasaran anggota sulit iaitu anggota penyawa pihak lawan ! [ BUAH D ]

Seorang pengamal GPLY sepatutnya boleh melancarkan serangan jurus 5 dengan menggunakan kombinasi gerakkan BUAH A, B, C & D secara pantas, tepat & padat !

Sedar tak sedar, pihak lawan sudah terkulai & tersungkur kerana sudah tidak bermaya !

Suka berkongsi sebenarnya jurus 5 adalah teknik yang banyak menyerang bahagian anggota muka pihak lawan !

Disamping kawasan anggota muka, kawasan sasaran lain adalah di bahagian anggota rusuk, dada/ulu hati & juga penyawa pihak lawan !

Insyallah aku akan berkongsi teknik & buah lain yang terhasil daripada jurus 5 GPLY.

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Saturday, October 1, 2011

Slogan GPLY ! Cepat, Tepat & Padat

Assalamualaikum w.b.t...

Seorang pengamal Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) adalah di kehendaki untuk memahirkan dalam membuat pukulan samada dengan menggunakan anggota tangan, siku, lutut, kaki, bahu, punggung @ kepala agar setiap pukulan yang terhasil adalah CEPAT, TEPAT & PADAT !

CEPAT bermaksud seorang pengamal GPLY mesti bertindak dengan pantas daripada pihak lawan !

Manakala TEPAT bermaksud setiap gerakkan pukulan yang dilancarkan hendaklah mengenai kawasan sasaran iaitu jika kita target kawan anggota rusuk pihak lawan, maka kita mestilah memberi tumpuan agar serangan kita mengenai kawasan sasaran tersebut.

PADAT di sini bermaksud setiap buah pukulan yang terhasil mestilah jika terkena kawasan anggota sasaran pihak lawan, maka pihak lawan akan tertunduk @ rebah kesakitan !



Latihan pukulan dengan menggunakan Orang Kayu adalah antara kaedah pembelajaran yang boleh diamalkan oleh seorang pengamal GPLY .

Jika ada orang A kata gaya GPLY ini seperti Sendeng, maka kita orang hanya senyum & mengia kan sahaja.

Jika ada orang B kata gaya GPLY ini seperti Kung Fu China @ Wing Chun, maka kita orang juga senyum & mengIAkan sahaja .

Jika ada orang C kata gaya GPLY ini seperti Muay Thai @ Boxing Siam, maka kita orang juga senyum & mengiakan sahaja.

Jika ada orang D kata gaya GPLY ini seperti Karate/Aikido, maka kita orang senyum & anggukkan sahaja.

Jika ada orang E kata gaya GPLY ini seperti silat Cimande/Gayung/Cekak/Bugis, maka kita orang senyum & anggukkan sahaja .

Jika ada orang F kata gaya GPLY ini seperti Gusti/Tinju, maka kita orang senyum & anggukkan sahaja.

Kita orang angguk disini kerana GPLY ini adalah ilmu perang. Bukan seni .... Hatta di kisahkan, dalam GPLY penuh dengan tipu muslihat & strategi yang pelik & tak terfikir oleh akal kerana teknik pukulannya yang bersahaja, mudah tetapi amat berkesan dalam perang !

Jika pihak lawan bersaiz besar seperti Orang Negro @ Orang Putih macam Hulk Hogan, maka sudah semestinya kita akan tumbang jika menghadapi mereka dengan berhadapan mengadap !

Maka, teknik pukulanke anggota sendi dengan teknik TAPAK anggota kaki kita yang hidup maka insyallah pihak lawan yang bersaiz besar pun jika kena teknik & caranya akan tumbang juga !

Contohnya seekor gajah yang besar pun boleh kita tumbang kan jika pukulan ke anggota sendi gajah dilakukan dengan betul !

Dalam GPLY, kita boleh menggunakan air liur kita untuk meludah ke arah muka pihak lawan ! Pada masa pihak lawan berkelip kerana anggota matanya tertutup kerana ludahan air liur kita, maka serangan secara CEPAT, TEPAT & PADAT mesti dilancarkan bertubu tubi sehingga pihak lawan tumbang & tidak mampu bangkit lagi !

Juga, seorang pengamal GPLY mesti memahirkan diri dengan teknik memijak anggota kaki pihak lawan sambil TOLAKKAN dilakukan dengan menggunakan ruas anggota lengan kita ke anggota dada/muka pihak lawan !

Dalam PERANG, tiada belas kasihan ! Juga seorang pengamal GPLY boleh menggunakan teknik tarik, tekan, tolak seperti yang diamalkan oleh seorang penuntut Aikido. Sila menonton YouTube di bawah. Lihatlah bagaimana Steven Seagal iaitu seorang pengamal Aikido menggunakan ilmu pertahanan diri Aikido untuk menumpaskan lawannya !

http://www.martialartsstyles.org/martialartsstyles08.php







Aku memang minat gila dengan hamba ALLAH nii ! :)

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng