Ilmu pertahanan diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku belajar ini sebenarnya adalah ringkas sahaja. Jurusnya tidaklah memeningkan kepala untuk diingati !
Tetapi untuk faham dan menghayati akan segala gerak Lian dan pukul Lian memerlukan masa ( 11 hari, 11 bulan, 11 tahun ! ) kerana seorang penuntut lian sepatutnya hendaklah mempelajari & menguasai ke semua 11 jurus dalam GPLY.

Gerak Lian adalah permainan secara lembut & halus iaitu tekniknya ada dalam beladiri silat ! Teknik seperti kita meNOLAK, meNARIK, menGUIS, meNEKAN anggota sendi pihak lawan juga diamalkan di dalam Gerak Lian!
Pukul Lian pula adalah ganas & kejam iaitu kebanyakkan tekniknya ada dalam beladiri Wing Chun & Muay Thai.

Contoh permainan Pukul Lian adalah sekiranya pihak lawan menumbuk kita maka pada masa yang sama kita juga melancarkan tumbukkan ke arah lawan kita tersebut !

Tetapi caranya ialah kita berkemungkinan akan kena juga tumbukkan pihak lawan tetapi kesakitan adalah kurang kerana kita sudah pun dapat mengukur jarak "selamat yang ideal" ! Ini menyebabkan tumbukkan pihak lawan walaupun mengenai kita tetapi tumbukkannya adalah tidak padat & tepat !
Berdasarkan cerita orang dulu dulu bagaimana pengasas bela diri Lian ini yang bernama Abdul Rahman Al-Yunani mampu bertarung dengan mengalahkan 10 orang pengayuh beca yang ganas yang mengamalkan beladiri Lintau ( macam kung-fu Cina ! ).

Tidak lain & tidak bukan Abdul Rahman menggunakan Pukul Lian yang sememangnya kejam & keras !

Tumbukkan kita pula yang terhasil secara cepat, tepat & padat bilamana mengenai pihak lawan akan menyebabkan lawan kita mengalami kecederaan yang parah !
Kombinasi teknik permainan lembut ( Ala permainan silat sendeng/bugis/gayung + Aikido => tarik, tekan, tolak, kuis ) & pukul sendi ( Gerak Lian ) + teknik permainan keras & ganas ( ala permainan Wing Chun/Muay Thai/Tinju ) menjadikan GPLY ini unik & merbahaya !
Daripada 11 jurus, seorang penuntut Lian adalah disyorkan agar betul betul dapat menguasai & memahirkan sekurang kurangnya 1 jurus GPLY .
Contohnya sekiranya seorang penuntut GPLY suka akan jurus 1 iaitu bilamana pihak lawan baru nak bergerak untuk melancarkan serangan maka kita dengan pantas sambil anggota tubuh kita bergayang + satu anggota tapak tangan kita menggunakan teknik Tanpar Beruang @ Tebah Lalat sambil anggota tangan yang satu lagi akan melancarkan tumbukan secara cepat, tepat & padat bertubi tubi ( seperti dalam cerita IP Man ! ) ke arah anggota muka, rusuk, penyawa & anggota sendi pihak lawan tanpa memberi ruang & masa kepada pihak lawan sehinggalah pihak lawan langsung tidak mampu & berdaya untuk melancarkan tindak balas !
Ilmu GPLY ini adalah ilmu untuk perang !!!
Selamat menuntut ilmu & beramal..
Wassalam..
Basteng
No comments:
Post a Comment