Sunday, November 6, 2011

Sendal Part 2

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah sempat juga mengadap sifu aku pagi tadi walaupun hari hujan !

Suka berkongsi akan teknik SENDAL yang telah aku kongsi di dalam artikel aku yang terdahulu.

Objecktif utama teknik SENDAL ialah untuk menyebabkan pihak lawan tidak stabil/seimbang. Bila mana keududukan pihak lawan tidak seimbang maka pada masa itulah masa yang paling sesuai sekali untuk kita melancarkan serangan bertubi tubi & bertali arus sehingga lawan kita tidak berdaya lagi untuk bertarung .



Dalam teknik sendal part 1, aku berkongsi bagaimana kita menggunakan anggota tangan kiri kita untuk blocking anggota kaki/lutut kanan pihak lawan daripada boleh bergerak untuk melancarkan serangan kepada kita. Sementara anggota tangan kanan kita akan menolak/menguak bahagian ruas atas anggota siku kanan pihak lawan & hentakkan menggunakan anggota lutut kanan kita dilancarkan ke anggota perut/penyawa pihak lawan.



Dalam teknik sendal part 2, kita tidak perlu menggunakan anggota tapak tangan kiri kita untuk BLOCKING/menahan anggota lutut kanan pihak lawan tetapi kita hanya perlu menggunakan anggota lutut kiri kita pula untuk meNOLAK/meNURUN/menGUAK/meNGUIS ruas anggota lutut kanan pihak lawan .


Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

3 comments:

Anonymous said...

Salam.

Lian campur ni ada yg ajar di kawasan dekat Kuantan tak ?

Basteng said...

W'lam ...


Sifu saya berguru dengan arwah Acik Bakar iaitu seorang guru agama yang mengajar ilmu tasauf di Pekan iaitu sekitar tahun 1980 an..

Saya percaya ramai pengamalnya di sana tetapi masalahnya pengamal Lian ini "kedekut" ilmu... & tidak menonjokan diri...:)

W'lam..

Anonymous said...

Terima kasih tuan sebab reply. Pekan tu kampung saya tu, tapi saya tak pernah tengok wlw satu gelanggang silat dibuka di situ.

Mungkin betui la, org berilmu ni sembunyi kuku..tapi org muda la yg rugi nanti..