Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah berkesempatan mengadap sifu aku pagi tadi.
Seperti yang pernah aku kongsi sebelum ini tentang :
1. Gerak Lian - Teknik mainan secara lembut. Perlu diingatkan lembut disini tidaklah menjadikan pukulan yang dihasilkan adalah lemah & tidak bermaya !
Contohnya bilamana seorang pihak lawan masuk menyerang dengan menetak dengan menggunakan sebilah parang yang digengam oleh anggota tangan kanannya, maka kita dengan pantas akan menggunakan anggota tapak tangan kiri kita untuk menahan/memukul dan sambil menolak dengan kuat ke anggota sendi bahu kanan pihak lawan yang memegang parang tersebut !
Akibatnya ini akan mengakibatkan posisi kedudukkan anggota tubuh pihak lawan tidak seimbang ! Jadi dengan pantas tumbukan padu & tepat disasarkan ke anggota penyawa/hulu hati/muka/leher pihak lawan dengan menggunakan anggota tangan/siku kanan kita ! Sambil serangan menggunakan anggota lutut kanan/kiri dilancarkan bertubi tubi ke arah pihak lawan tanpa memberi ruang sedikitpun untuk pihak lawan bertindak balas !
2. Pukul Lian - Teknik mainan secara keras & pantas ! Keras disini membawa maksud sekiranya pihak lawan melancarkan serangan tumbukkan dengan menggunakan anggota tangan kanannya, maka kitya akan menyambutnya secara bergayang kita akan cuba menyerap untuk memperlahankan momentum tumbukan tersebut dengan menggunakan anggota tangan kiri kita.
Sambil dengan pantas kita akan melancarkan tumbukan padu menggunakan anggota tangan kanan kita yang disasar tepat ke pelapit sebelah dalam sendi anggota siku kanan pihak lawan !
Sambil diikuti dengan tumbukkan/tikaman menggunakan anggota tangan kiri kita yang dilancarkan dari sisi bawah ! Tikaman menggunakan anggota tangan kiri kita dari sisi bawah ini adalah secara tidak disedari oleh pihak lawan !
Sedar sedar pihak lawan tercungap cungap menahan kesakitan kerana anggota pernafasan pihak lawan telah dicucuk dengan serangan anggota tangan kiri "ghaib" kita tersebut !
Apa apa pun, latihan menggunaka Orang Kayu mesti dilakukan untuk memahirkan Gerak Lian & Pukul Lian !
Selamat menuntut ilmu & beramal !
Wassalam..
Basteng
Tuesday, February 28, 2012
Tuesday, February 21, 2012
Kombinasi serangan guna anggota lutut + kaki
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah Sifu aku sudi memberi tunjuk ajar kepada aku tentang teknik pergunaan anggota lutut dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) - Lian Campur.
Teknik pergunaan anggota lutut GPLY adalah lebih kurang seperti yang dipraktikkan dalam beladiri Muay Thai.
Tambahan di sini yang aku ingin berkongsi ialah teknik lutut GPLY memerlukan 1 anggota lutut kita untuk "membuka" /"menguak" anggota peha pihak lawan sambil anggota lutut kita yang satu lagi aku terus melancarkan serangan ke anggota penyawa/perut/peha/sendi lutut pihak lawan !
Contoh di sini bilamana pihak lawan masuk dengan melangkah kaki kanan nya di hadapan, maka kita akan menggunakan anggota lutut kiri kita yang diangkatdi bawah paras pusat iaitu dalam sudut 45 darjah akan masuk untuk mem"buka" & men"guak" anggota peha kanan pihak lawan !
Pada masa yang sama, anggota lutut kanan kita akan membuat serangan ke anggota penyawa/perut/lutut/peha kiri pihak lawan sehingga alah pihak lawan tidak berdaya untuk bertindak balas !
Aku berpendapat, kombinasi serangan menggunakan anggota lutut dengan sepakkan menggunakan anggota kaki adalah antara teknik yang sangat berkesan dalam GPLY - Lian Campur !
Bayangkan dengan teknik satu anggota lutut kita mem"buka"/men"guak" anggota peha pihak lawan sambil anggota kaki kita yang satu lagi akan melancarkan henjangan menggunakan anggota kaki ke arah anggota sendi lutut /penyawa/kaki/rusuk pihak lawan !
Selamat menuntut ilmu & beramal..

Sunday, February 19, 2012
Pijak Kaki,,, jurus 4 GPLY
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah aku suka berkongsi akan jurus 4 dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku sedang belajar ini.
Jurus 4 ialah teknik close combat fighting iaitu memerlukan pergunaan anggota siku & lutut !
Sifu aku juga telah memberi tunjuk ajar bagaimana jurus 4 boleh diaplikasikan dalam street fighting.
Perkara pertama yang seorang pengamal GPLY mesti lakukan ialah dengan memerhatikan di mana kedudukan kaki hadapan pihak lawan !
Tujuannya adalah dalam jurus 4 ini memerlukan terlebih dahulu untuk kita memijak tapak kaki hadapan pihak lawan tersebut dengan menggunakan anggota kaki kita !
Kemudian disusuli dengan pukulan menggunakan anggota kaki/lutut kita yang satu lagi akan dibuat ke anggota sendi lutut pihak lawan . Juga disusuli dengan serangan menggunakan anggota tangan & siku akan dilancarkan ke anggota rusuk/muka/dada pihak lawan sehinggalah pihak lawan tidak bermaya!
Gerakkan memijak anggota kaki hadapan pihak lawan adalah untuk tidak memberi ruang langsung kepada pihak lawan untuk bertindak.
Kaedah memijak anggota kaki hadapan pihak lawan sambil menolak anggota tubuh/dada pihak lawan dengan menggunakan ke dua dua anggota tangan kita juga akan mengakibatkan kecederaan yang parah kepada pihak lawan !
Sememangnya jurus 4 GPLY ini adalah jurus yang permainannya adalah ganas & keras !
Selamat mununtut ilmu & beramal..

Monday, February 13, 2012
Jurus 6 - teknik anggota kaki Lian !
Assalamualaikum w.b.t....
Suka berkongsi akan keistimewaan bela diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) - Lian Campur yang aku belajar ini ialah kerana jurus anggota tangan/siku dengan jurus anggota kaki/lutut digabungkan bersama sama secara serentak ketika serangan dilakukan terhadap pihak lawan !
Alhamdulillah, pagi tadi Sifu aku sempat memberi tunjuk ajar secara terperinci tentang jurus 6 iaitu jurus yang menggunakan anggota kaki !
Insyallah dengan latihan berterusan , aku akan menguasai jurus 6 ini iaitu aku boleh menggunakan bahagian daripada anggota lutut sehingga ke anggota kaki aku untuk "blocking" iaitu jika pihak lawan melancarkan serangan sepakkan/libasan menggunakan anggota kakinya !
Sementara jika pihak lawan melancarkan serangan bersenjata seperti menggunakan parang/pisau, maka kombinasi jurus 1 ( anggota tangan ) dengan jurus 6 ( anggota kaki ) mestilah diaktifkan masa "attacking" !
Latihan untuk memahirkan jurus 6 boleh di buat dengan menggunakan orang kayu !
Selamat menuntut ilmu & beramal...

Tuesday, February 7, 2012
Latihan amali
Assalamualaikum w.b.t....
Alhamdulillah pagi ini aku berkesempatan berhubung dengan sifu aku melalui telefon.
Dalam perbualan yang memakan masa lebih kurang 10 minit tersebut beberapa topik telah dibincangkan antaranya akan jenayah semasa yang saban hari berlaku seperti jenayah pukul, bunuh & etc..
Oleh yang demikian, Sifu aku memberi nasihat agar latihan amali mestilah senantiasa dilakukan agar segala jurus dapat difahami dengan lebih mendalam lagi !
Lihatlah bagaimana dalam cerita IP Man, latihan dengan menggunakan Orang Kayu dilakukan berulang kali sehingga segala jurus/pukulan yang dilakukan adalah tepat, padat & jitu !
Pada era sifu aku belajar Buah Pukul Lian, untuk mencuba keberkesanan ilmu bela diri yang telah dipelajari maka gelanggang bela diri lain akan dilawati !
Mengikut cerita dari sifu aku, alhamdulillah setakat semua gelanggang yang pernah mereka lawati, semua perlawanan dimenangi oleh pasukkan sifu aku yang diketuai oleh arwah Acik Bakar !

Wednesday, February 1, 2012
Ilmu Bela Diri
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah semalam aku sempat menonton HayWire !
Aku hanya terdaya bagi rating 4/10 sahaja kerana aku ingatkan filem aksi HayWire itu power macam filem IP Man @ Ombak !
Zaman sekarang ini perompak/penyamun akan menyerang/membunuh/memukul dahulu si mangsanya barulah duit akan di samun !
Aku melihat jenayah semakin menjadi jadi dan semakin teruk dan serious kerana antara faktornya adalah kerana si penjenayah akan mengambil dadah seperti Syabu/Metaphine / heroin terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti jenayah !
Bilamana fikiran sipenjenayah sudah dikuasai oleh pengaruh dadah maka sipenjenayah tersebut akan menjadi berani sehingga sanggup melakukan perbuatan jenayah yang teramat dasyhat sehingga tidak terfikir oleh kita sebagai manusia yang normal !
Faktor persekitaran ekonomi yang tidak menentu seperti faktor pengangguran dan masalah peluang pekerjaan yang terhad juga serba sedikit menyumbang kepada masalah jenayah yang semakin serious !
Bilamana manusia tidak berduit maka akan memberi kesan kepada persoalan perut ! Bila manusia lapar maka manusia tersebut akan buat apa sahaja untuk mengisi perut yang kosong hataa terpaksa mencuri/merompak mahupun membunuh !
Tambahan dengan masalah kebanjiran pendatang asing dari Afrika ( Nigeria ! ), Indonesia, Bangladesh, India, Mynmar , Kemboja, China etc yang aku kira sudah melebihi 2 juta orang akan memburukkan lagi keadaan masyarakat kita yang sudah pun bermasalah !
Oleh yang demikian, aku syorkan agar ilmu bela diri mesti dipelajari dan diajar kepada semua insan ( murid murid sekolah, tua atau pun muda ) di Malaysia ini !

Subscribe to:
Posts (Atom)