Tuesday, February 7, 2012

Latihan amali

Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillah pagi ini aku berkesempatan berhubung dengan sifu aku melalui telefon.
Dalam perbualan yang memakan masa lebih kurang 10 minit tersebut beberapa topik telah dibincangkan antaranya akan jenayah semasa yang saban hari berlaku seperti jenayah pukul, bunuh & etc..



Oleh yang demikian, Sifu aku memberi nasihat agar latihan amali mestilah senantiasa dilakukan agar segala jurus dapat difahami dengan lebih mendalam lagi !

Lihatlah bagaimana dalam cerita IP Man, latihan dengan menggunakan Orang Kayu dilakukan berulang kali sehingga segala jurus/pukulan yang dilakukan adalah tepat, padat & jitu !



Pada era sifu aku belajar Buah Pukul Lian, untuk mencuba keberkesanan ilmu bela diri yang telah dipelajari maka gelanggang bela diri lain akan dilawati !

Mengikut cerita dari sifu aku, alhamdulillah setakat semua gelanggang yang pernah mereka lawati, semua perlawanan dimenangi oleh pasukkan sifu aku yang diketuai oleh arwah Acik Bakar !

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

No comments: