Alhamdulillah aku suka berkongsi akan jurus 4 dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku sedang belajar ini.
Jurus 4 ialah teknik close combat fighting iaitu memerlukan pergunaan anggota siku & lutut !

Sifu aku juga telah memberi tunjuk ajar bagaimana jurus 4 boleh diaplikasikan dalam street fighting.
Perkara pertama yang seorang pengamal GPLY mesti lakukan ialah dengan memerhatikan di mana kedudukan kaki hadapan pihak lawan !

Tujuannya adalah dalam jurus 4 ini memerlukan terlebih dahulu untuk kita memijak tapak kaki hadapan pihak lawan tersebut dengan menggunakan anggota kaki kita !
Kemudian disusuli dengan pukulan menggunakan anggota kaki/lutut kita yang satu lagi akan dibuat ke anggota sendi lutut pihak lawan . Juga disusuli dengan serangan menggunakan anggota tangan & siku akan dilancarkan ke anggota rusuk/muka/dada pihak lawan sehinggalah pihak lawan tidak bermaya!

Gerakkan memijak anggota kaki hadapan pihak lawan adalah untuk tidak memberi ruang langsung kepada pihak lawan untuk bertindak.

Kaedah memijak anggota kaki hadapan pihak lawan sambil menolak anggota tubuh/dada pihak lawan dengan menggunakan ke dua dua anggota tangan kita juga akan mengakibatkan kecederaan yang parah kepada pihak lawan !
Sememangnya jurus 4 GPLY ini adalah jurus yang permainannya adalah ganas & keras !
Selamat mununtut ilmu & beramal..
Wassalam..
Basteng
No comments:
Post a Comment