
Suka berkongsi akan keistimewaan bela diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) - Lian Campur yang aku belajar ini ialah kerana jurus anggota tangan/siku dengan jurus anggota kaki/lutut digabungkan bersama sama secara serentak ketika serangan dilakukan terhadap pihak lawan !
Alhamdulillah, pagi tadi Sifu aku sempat memberi tunjuk ajar secara terperinci tentang jurus 6 iaitu jurus yang menggunakan anggota kaki !

Insyallah dengan latihan berterusan , aku akan menguasai jurus 6 ini iaitu aku boleh menggunakan bahagian daripada anggota lutut sehingga ke anggota kaki aku untuk "blocking" iaitu jika pihak lawan melancarkan serangan sepakkan/libasan menggunakan anggota kakinya !
Sementara jika pihak lawan melancarkan serangan bersenjata seperti menggunakan parang/pisau, maka kombinasi jurus 1 ( anggota tangan ) dengan jurus 6 ( anggota kaki ) mestilah diaktifkan masa "attacking" !
Latihan untuk memahirkan jurus 6 boleh di buat dengan menggunakan orang kayu !

Selamat menuntut ilmu & beramal...
Wassalam..
Basteng
No comments:
Post a Comment