Wednesday, February 1, 2012

Ilmu Bela Diri

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah semalam aku sempat menonton HayWire !

Aku hanya terdaya bagi rating 4/10 sahaja kerana aku ingatkan filem aksi HayWire itu power macam filem IP Man @ Ombak !

Zaman sekarang ini perompak/penyamun akan menyerang/membunuh/memukul dahulu si mangsanya barulah duit akan di samun !





Aku melihat jenayah semakin menjadi jadi dan semakin teruk dan serious kerana antara faktornya adalah kerana si penjenayah akan mengambil dadah seperti Syabu/Metaphine / heroin terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti jenayah !

Bilamana fikiran sipenjenayah sudah dikuasai oleh pengaruh dadah maka sipenjenayah tersebut akan menjadi berani sehingga sanggup melakukan perbuatan jenayah yang teramat dasyhat sehingga tidak terfikir oleh kita sebagai manusia yang normal !



Faktor persekitaran ekonomi yang tidak menentu seperti faktor pengangguran dan masalah peluang pekerjaan yang terhad juga serba sedikit menyumbang kepada masalah jenayah yang semakin serious !

Bilamana manusia tidak berduit maka akan memberi kesan kepada persoalan perut ! Bila manusia lapar maka manusia tersebut akan buat apa sahaja untuk mengisi perut yang kosong hataa terpaksa mencuri/merompak mahupun membunuh !

Tambahan dengan masalah kebanjiran pendatang asing dari Afrika ( Nigeria ! ), Indonesia, Bangladesh, India, Mynmar , Kemboja, China etc yang aku kira sudah melebihi 2 juta orang akan memburukkan lagi keadaan masyarakat kita yang sudah pun bermasalah !

Oleh yang demikian, aku syorkan agar ilmu bela diri mesti dipelajari dan diajar kepada semua insan ( murid murid sekolah, tua atau pun muda ) di Malaysia ini !

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

No comments: