Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah berkesempatan mengadap sifu aku pagi tadi.
Seperti yang pernah aku kongsi sebelum ini tentang :
1. Gerak Lian - Teknik mainan secara lembut. Perlu diingatkan lembut disini tidaklah menjadikan pukulan yang dihasilkan adalah lemah & tidak bermaya !
Contohnya bilamana seorang pihak lawan masuk menyerang dengan menetak dengan menggunakan sebilah parang yang digengam oleh anggota tangan kanannya, maka kita dengan pantas akan menggunakan anggota tapak tangan kiri kita untuk menahan/memukul dan sambil menolak dengan kuat ke anggota sendi bahu kanan pihak lawan yang memegang parang tersebut !
Akibatnya ini akan mengakibatkan posisi kedudukkan anggota tubuh pihak lawan tidak seimbang ! Jadi dengan pantas tumbukan padu & tepat disasarkan ke anggota penyawa/hulu hati/muka/leher pihak lawan dengan menggunakan anggota tangan/siku kanan kita ! Sambil serangan menggunakan anggota lutut kanan/kiri dilancarkan bertubi tubi ke arah pihak lawan tanpa memberi ruang sedikitpun untuk pihak lawan bertindak balas !
2. Pukul Lian - Teknik mainan secara keras & pantas ! Keras disini membawa maksud sekiranya pihak lawan melancarkan serangan tumbukkan dengan menggunakan anggota tangan kanannya, maka kitya akan menyambutnya secara bergayang kita akan cuba menyerap untuk memperlahankan momentum tumbukan tersebut dengan menggunakan anggota tangan kiri kita.
Sambil dengan pantas kita akan melancarkan tumbukan padu menggunakan anggota tangan kanan kita yang disasar tepat ke pelapit sebelah dalam sendi anggota siku kanan pihak lawan !
Sambil diikuti dengan tumbukkan/tikaman menggunakan anggota tangan kiri kita yang dilancarkan dari sisi bawah ! Tikaman menggunakan anggota tangan kiri kita dari sisi bawah ini adalah secara tidak disedari oleh pihak lawan !
Sedar sedar pihak lawan tercungap cungap menahan kesakitan kerana anggota pernafasan pihak lawan telah dicucuk dengan serangan anggota tangan kiri "ghaib" kita tersebut !
Apa apa pun, latihan menggunaka Orang Kayu mesti dilakukan untuk memahirkan Gerak Lian & Pukul Lian !
Selamat menuntut ilmu & beramal !
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment