Tuesday, May 1, 2012
Siku Kapak + Patuk Ayam !
Assalamualaikum w.b.t....
Aku suka berkongsi akan satu teknik mainan siku yang aku namakan sebagai Siku Kapak + Patuk Ayam !
Teknik Siku Kapak + Patuk Ayam ini boleh dilancarkan dengan cara kita mengangkat anggota tangan kita seperti kita menyikat rambut !
Bilamana anggota siku kita telah mengenai anggota sasaran pihak lawan seperti kawasan anggota ulu hati/dada, maka seperti aksi seekor ayam mematuk maka angota buku lima tangan kita yang telah menyiku tadi akan melibas ke arah anggota muka pihak lawan seperti bidasan sebatang rotan!
Akibat penangan aksi Patuk Ayam ini akan mengakibatkan kecederaan yang parah ke bahagian anggota muka pihak lawan !
Tanpa belas kasihan, serangan dengan menggunakan anggota lutut & siku kita hendaklah dilancarkan bertubu tubi kepada lawan sehinggalah pihak lawan jatuh ke bumi tidak bermaya untuk bertindak balas !
Sifu aku pernah berkongsi sebenarnya dalam Gerak Pukul Lian Yunan (GPLY - Lian Campur ) yang aku pelajari ini, serangan bertubu tubi hendaklah dilancarkan sehinggalah pihak lawan jatuh tersembam ke bumi & tidak mampu bangkit lagi !
Memanglah nampak seperti kejam & tidak berperi kemanusian tetapi dalam situasi sebenar iaitu dalam street fighting/peperangan, jika kita teragak agak alamaknya dikuatiri kita pula yang akan menjadi mangsa si pemangsa !
3 hari lepas dalam Harian Metro menyiarkan berita bagaimana seorang perempuan yang hampir dirompak & dirogol oleh seorang lelaki. Alhamdulillah, perrempuan tersebut sempat menendang lelaki yang sudah membuka seluarnya tersebut & akibatnya parang yang dipegang oleh silelaki tersebut telah tercabut dari gengaman si lelaki tersebut !
Maka dengan pantas si perempuan yang hampir menjadi mangsa rogol silelaki tersebut terus mengambil parang yang tersebut & melibasnya ke arah lelaki tersebut. Libasan tersebut tepat mengenai anggota penyawa lelaki tersebut ! Akibatnya lelaki tersebut mengalami cedera parah di bahagian anggota penyawa !
Aku memang tabik spring dengan tindakkan perempuan tersebut ! Aku harap & doakan agar ramai lagi perempuan di luar sana yang tahu apa yang perlu dilakukan jika terpaksa berhadapan dengan situasi seperti yang dialami oleh perempuan tersebut !
Selamat menuntut ilmu & beramal..
Wassalam...
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment