Sunday, July 22, 2012
Orang Kayu @ Wooden Dummy
Assalamualaikum w.b.t...
Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY , Lian Campur ) yang aku belajar ini, Sparring Partner utama yang digunakan ialah Orang Kayu @ Wooden Dummy.
Sifu aku memberi tunjuk ajar bagaimana latihan menggunakan Orang Kayu dibuat iaitu
1. Teknik menggunakan anggota kaki untuk blocking/menyerang dilakukan ke atas Orang Kayu
=> Teknik blocking dibuat dengan menggunakan anggota tapak kaki di bahagian anggota tapak kaki yg berlengkuk !
=> Teknik serangan pukulan dibuat dengan menggunakan anggota tapak kaki di bahagian hadapan ( untuk Lian jurus # 6 & # 7 ) . Juga dengan menggunakan anggota tumit kaki ! ( untuk Lian jurus # 8 & # 9 )
2. Teknik menggunakan anggota lutut untuk blocking / menyerang di buat dengan menggunakan Orang Kayu .
=> Sifu aku memberi tunjuk ajar tentang bilamana seorang pengamal Lian menggunakan anggota lutut untuk melakukan serangan maka teknik yang betul ialah kedudukan posisi anggota badan hendaklah melentur ke belakang sedikit ! Ini untuk memastikan agar pukulan anggota lutut kita tepat mengenai ke sasaran yang di buat !
Di bawah ini aku sertakan beberapa video yang aku perolehi daripada YouTube yang berkaitan dengan Orang Kayu . Teknik yang ditunjukkan adalah seakan serupa sepertimana yang Sifu aku telah memberi tunjuk ajar kepada aku !
Sifu aku berkongsi akan satu kisah seorang Hamba Allah itu amatlah tinggi ilmu bela dirinya sehingga dikhabarkan Hamba Allah tersebut berkebolehan untuk berdiri di atas daun pokok pisang !
Sifu aku tidak peduli semua itu !
Satu perkara yang aku tabik spring pada sifu aku ialah sifu aku tidak peduli & tidak ambil kisah bagaimana tinggi & hebatnya ilmu seseorang itu hatta jika orang itu mampu menembusi 7 petala langit & bumi pun sehinggalah keluar api dari anggota mata orang tersebut, jika orang tersebut dalam jarak pukulan anggota 4 kerat maka dipendekkan cerita, insyallah orang yang masuk menyerang tersebut akan tumbang makan tanah !
Jika orang tersebut berjaya mengelak daripada terkena serangan anggota tangan, maka orang tersebut akan merasai penangan anggota kaki/lutut/siku seorang pengamal Lian ! Insyallah..
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam.
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment