Saturday, July 7, 2012
Teknik pukulan 3 && pukulan "STOP" !
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah, aku sempat mengadap sifu aku & sifu aku telah memberi tunjuk ajar berkenaan teknik pukulan 3 !
Teknik pukulan 3 ini sebenarnya ialah pukulan minima yang dilakukan terhadap pihak lawan ialah sebanyak 3 kali !
Contohnya jika pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan ( anggota kaki kanan pihak lawan di hadapan ! ), maka kita akan menyambutnya dengan pukulan ke anggota rusuk kanan pihak lawan dilakukan dengan menggunakan anggota tangan kanan kita !
Sambil dengan pantas tumbukkan dengan menggunakan anggota tangan kiri kita dilancarkan ke bahagian anggota telinga kanan/kepala pihak lawan & seterusnya henjangan dengan menggunakan anggota kaki kanan kita dilakukan terhadap anggota penyawa/sendi anggota lutut/kaki kanan pihak lawan !!!
Teknik pukulan 3 ini sememangnya amatlah berkesan dan amat berguna sekali untuk kita menumpaskan pihak lawan semasa street fighting !
Oleh itu, latihan pukulan dengan menggunakan Orang Kayu hendaklah senantiasa dilakukan agar anggota tubuh badan kita akan sebati dengan teknik ini !
Lihatlah bagaimana pengamal beladiri Wing Chun membuat latihan !
Sementara itu, sifu aku sempat juga berkongsi akan teknik pukulan STOP iaitu bilamana kita berhadapan face-to-face dengan pihak lawan ataupun pihak lawan masuk meluru seperti seekor babi hutan maka tindakkan yang perlu kita lakukan ialah bila jarak pihak lawan sudah dalam radiasi pukulan anggota tangan kita maka dengan pantas kita akan merendahkan anggota tubuh kita sebanyak 50 % ( anggota lutut kita hampir mencecah ke bumi ! ) sambil pukulan ke anggota penyawa pihak lawan dilakukan dengan pantas, padat & tepat !
Pada masa ini posisi kedudukan anggota badan kita adalah pada paras bawah & rendah, maka seterusnya dengan pantas kita boleh menggunakan anggota kepala kita untuk menghentak @ menanduk ke anggota hulu hati/perut pihak lawan !
Juga selain dengan menggunakan anggota kepala, kita juga boleh menggunakan anggota kaki kanan/kiri kita untuk melancarkan serangan ke anggota sendi lutut/kaki pihak lawan !
Aku suka giler bila menonton YouTube di bawah bagaimana Stevel Seagal dengan kejam & brutal giler membelasah dengan mematahkan sendi lawannya !
Dalam perang/ street fighting, inilah sepatutnya teknik yang perlu dilakukan !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment