Assalamualaikum w.b.t...
Aku suka berkongsi& mengulas lebih lanjut berkenaan teknik pukulan minima di 3 tempat !

Teknik asas untuk pukulan minima di 3 tempat dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY , Lian Campur ) sebenarnya menyasarkan di 3 tempat bahagian anggota tubuh seperti di bawah :

1. Bahagian anggota kepala ( telinga, hidung, kawasan pernafasan di bahagian leher & etc )
2. Bahagian anggota dada/ulu hati

3. Bahagian anggota penyawa
Perlu difahamkan bilamana seorang pengamal beladiri GPLY melakukan serangan maka sekurang kurangnya di 3 tempat anggota inilah yang akan menjadi keutamaan bagi seorang pengamal beladiri GPLY !

Kawasan anggota sasaran yang lain seperti anggota rusuk kanan atau kiri dan anggota sendi kaki/lutut & etc adalah bonus !

Juga aku hendak membuat ulasan terperinci berkenaan teknik pukulan STOP yang mengkehendaki kita merendah/menurunkan anggota tubuh kita iaitu sehingga anggota lutut kita hampir mencecah permukaan bumi !

Selepas tumbukkan padu dilancar & disasarkan ke anggota penyawa pihak lawan maka selain menggunakan anggota kepala & kaki untuk serangan bertubu tubi, seorang pengamal GPLY juga boleh menggunakan anggota siku untuk membuat serangan !

Selepas tumbukkan padu menggunakan anggota tangan dilakukan ke anggota penyawa pihak lawan, maka dengan menggunakan anggota siku tangan yang menumbuk tadi maka dengan pantas kita akan menaikkan ( dari paras rendah ke paras tinggi ! ) anggota siku kita ke atas dengan menyasarkan ke anggota dada/muka pihak lawan pula !.

Biasanya, jika serangan anggota siku kita telah mengenai anggota dada/muka pihak lawan maka lawan kita akan mengalami kecederaan yang parah !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
No comments:
Post a Comment