Sunday, July 29, 2012
Teknik Mainan Orang Kayu cara GPLY!
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah aku suka serta kan beberapa lagi teknik latihan menggunakan Orang Kayu.
Lihatlah YouTube di atas bagaimana teknik & gerak pukul yang dilancarkan oleh sifu aku dilakukan ke atas Orang Kayu.
Pukulan yang berterusan yang menggunakan kombinasi ke semua anggota tubuh kita seperti ke dua dua anggota tapak tangan, anggota siku, lutut & kaki dilancarkan secara bertali arus tanpa henti sehinggalah pihak lawan tidak mampu bangkit untuk melawan lagi.
Di samping itu aku juga gemar akan teknik Orang Kayu yang ditunjukkan oleh Master Wong iaitu seorang pengamal beladiri Wing Chun.
Lihatlah bagaimana tangkas & bersistematik pukulan yang dibuat oleh master Wong ke atas Orang Kayu !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam.
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment