Tuesday, July 17, 2012
Senaman Urat Saraf !!!
Assalamualaikum w.b.t...
Aku suka berkongsi akan contoh beberapa teknik senaman urat saraf yang boleh di amalkan oleh kita semua.
Di syorkan agar pergilah berguru untuk memahami segala senaman tersebut kerana disamping teknik yang betul yang diperlukan untuk melakukan senaman urat saraf tersebut, mengetahui kaedah pernafasan yang betul juga amat penting untuk menjadikan senaman tersebut lagi berkesan !
Setakat belasah & hentam keromo sahaja membuat senaman tanpa kaedah & teknik yang betul tidak mungkin akan menghasilkan keputusan yang terbaik !
Seeloknya senaman urat saraf tersebut di amalkan selepas solat subuh selepas mengerjakan solat subuh !
Sebenarnya disamping senaman urat saraf ini, aku juga mempunyai set senaman Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku amalkan iaitu hasil daripada kombinasi gerakkan daripada jurus GPLY # 1 sehinggalah ke jurus GPLY # 11 !
Sementara itu aku menemui satu YouTube menarik berkenaan beladiri yang dinamakan sebagai Silat G5 Lian Raja !
Lihatlah bagaimana pengamal bela diri Lian Raja juga menggunakan Orang Kayu sebagai alat latihan !
Apa yang sifu aku berkongsi sebenarnya Orang Kayu ini adalah latihan untuk ketepatan iaitu kita memahami & mengetahui tempat mana sasaran yang sepatutnya kita lancarkan. Di samping untuk menguatkan otot otot anggota tubuh badan kita !
Faham fahamlah jika latihan dibuat dengan memukul kayu maka insyallah anggota tangfan kita akan jadi kuat !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
*Nota : Selamat mengerjakan ibadat Puasa di bulan Ramadhan al Mubarak yang mulia ini !
Wassalam.
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment