Thursday, July 12, 2012

Teknik Pecah Kelapa !

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah aku sempat mengadap sifu aku. Sifu aku berkongsi akan teknik yang dinamakan sebagai teknik "pecah kelapa' ! Teknik "pecah kelapa" ini memerlukan jika pihak lawan masuk melangkah dengan sisi kaki kanan di hadapan, maka dengan menggunakan anggota tangan kiri kita akan cuba membuat pukulan ke anggota muka pihak lawan terlebih dahulu sambil dengan pantas anggota tangan kiri kita akan memaut batang leher pihak lawan ! Pada masa yang sama, tumbukkan dengan menggunakan anggota tangan kanan kita dilancarkan secara pantas, padu & tepat ke bahagian anggota ulu hati/dada pihak lawan. ! Seterusnya kita akan menarik/menghenjut dengan kuat anggota leher pihak lawan turun ke bawah untuk mengenai anggota lutut kanan/kiri kita ! Akibatnya pihak lawan akan mengalami kecederaan yang parah di bahagian anggota muka ! Sifu aku juga memberi tunjuk ajar & menekankan akan peri pentingnya akan teknik yang kita orang namakan sebagai RENTAP/BIDASAN ! Teknik rentap/bidasan ini memerlukan bilamana pihak lawan masuk berhadapan dengan kita maka seorang pengamal bela diri GPLY akan bergayang ke kanan/kiri sambil menurunkan anggota tubuhnya. Pada masa yang sama, dengan pantas dengan menggunakan anggota belakang tapak tangan kita yang kedudukan posisi anggota tangan kita berada di kedudukan posisi bawah, maka pukulan rentapan/bidasan yang disasarkan terus ke anggota penyawa pihak lawan dibuat dengan pantas, tepat & padu ! Teknik rentapan/bidasan ini semacam menyerupai pukulan teknik STOP tetapi teknik rentapan ini hanya memerlukan belakang hujung tapak anggota tangan kita sahaja ! Konsep teknik pukulan RENTAP/BIDASAN ini adalah seumpama pukulan yang di buat dengan menggunakan rotan ! Silalah berguru untuk memahir & menguasai teknik RENTAP/BIDASAN ini ! Di bawah ini ada satu link yang penuh dengan informarsi tentang bela diri Ninjitsu ! http://www.scribd.com/doc/2559866/Ninja-Hands-of-Death-Ashida-Kim Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

No comments: