Thursday, May 5, 2011

Enjang - Tendangan & hentak guna tumit kaki

Assalamualaikum w.b.t..

Suka berkongsi akan gerakkan tubuh peninju yang bernama Price Naseem!
Gerakkan tubuhnya yang lintok mengakibatkan sukar bagi lawan dia untuk membuat pukulan tumbukkan yang mengenai Price Nassem.



Dalam Gerak Tempur Lian Yunan ( GPLY ) gerakkan tubuh sebegitu dikenali sebagai Gayang iaitu tapak kaki tak perlu berganjak atau bergerak tetapi anggota tubuh dari pinggang ke atas akan bergerak seakan tubuh seekor ular tedong !










Cifu aku mahu aku memantap, memahir dan menguasai lagi pergunaan anggota kaki!

Kerana Cifu aku berpendapat gerakkan pergunaan anggota kaki aku masih banyak perlu dibuat latihan agar anggota kaki aku hidup & tidak kaku semasa street fighting.



Pada pengamatan Cifu aku, aku sudah boleh menguasai anggota tangan & siku! Alhamdulillah...



Enjang iaitu satu teknik tendangan dengan menggunakan anggota tumit kaki kita iaitu dengan cara kita melancarkan serangan hentakkan anggota bahagian tumit kita terus ke anggota sendi anggota kaki, sendi anggota lutut dan ke bahagian anggota rusuk pihak lawan !



Kesan enjang ini sebenarnya akan mengakibatkan pihak lawan kita tergeliat & remuk/patah tulangnya!



Selamat menuntut ilmu dan beramal...

Wassalam...

No comments: