Sunday, May 22, 2011

Posisi Jurus 1 LIAN

Assalamualaikum w.b.t..

Sempena tragedi tanah runtuh yang menimpa Sekolah Anak-Anak Yatim di Ulu Langat pada hari Sabtu ( 21 May 2011 ) yang lepas yang mengakibatkan 16 mangsa terkorban dan 6 orang yang ada dalam keadaan parah dan kritikal, maka aku ingin mengucapkan takziah kepada semua yang terlibat.

Al-Fatihah dan semoga anda semua tabah dengan ujian dan dugaan yang menimpa.

Suka berkongsi tentang kedudukkan jurus 1 dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) adalah seperti photo di bawah.

Lihatlah bagaimana kedudukkan anggota kaki di bahagian depan dan anggota kaki di bahagian belakang ada lah dalam bentuk segi tiga tepat !



Sebenarnya 85 % berat anggota badan adalah di tampung oleh anggota kaki yang berada di bahagian belakang iaitu kaki belakang bertindak dan berfungsi seperti TIANG SERI atau PASAK.

Oleh itu, anggota kaki yang berada di bahagian depan adalah " ringan " iaitu ia sepatutnya boleh di angkat iaitu seperti seorang Muay Thai fighter ! Tapi dalam GPLY, anggota kaki yang di bahagian depan tidaklah seperti gerakkan Mauy Thai dimana pihak lawan boleh melihat dan mengagak yang kita sebenarnya hendak melancarkan serangan anggota kaki hadapan!

Dalam GPLY, kaki hadapan masih bertapak ke permukaan bumi seperti biasa iaitu tanpa di angkat !

Anggota kaki yang berada di bahagian depan ini boleh berfungsi untuk "blocking" iaitu bilamana pihak lawan melancarkan serangan kaki atau pun boleh bertindak sebagai anggota menyerang iaitu dengan melancarkan jab dan tendangan anggota kaki!

Juga dalam kedudukkan posisi jurus 1 seperti di atas, serangan anggota kaki bahagian belakang iaitu sepatutnya secara " tidak nampak " boleh dilancarkan iaitu dengan tendangan anggota kaki di bahagian belakang dilakukan terus ke bahagian sendi anggota kaki/lutut/penyawa/rusuk/dada pihak lawan !

Di bawah ini, aku sertakan beberapa kompilasi gerakkan LIAN yang aku gemar.




















Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

No comments: