Assalamualaikum w.b.t...
Suka berkongsi beberapa gerakkan dalam seni Bela Diri Kung Fu China - Wing Chun !
Sila lihat bagaimana kemasukkan serentak anggota tangan dan kaki bilamana seorang pengamal Wing Chun bertempur !
Kebiasaanya pihak lawan masih mampu mengelak atau menangkis serangan anggota kaki atau tangan yang dilancarkan berasingan. Tetapi jika serangan anggota tangan dan anggota kaki dilancarkan serentak, maka biasanya pihak lawan tidak mampu menagkis!
Seperti yang aku telah nyatakan sebelum ini gerakkan Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) ini juga ada merangkumi dan mengandungi teknik dari seni bela diri Wing Chun kerana salur galur GPLY ini dahulunya berasal dari Yunnan, China.
Yang istimewas GPLY ini telah berevolusi dengan Seni Muay Thai, Silat, Aikido, karate & macam macam teknik dari seni beladiri lain..
Di kisahkan, Tok Guru Cifu aku nii ( Arwah Acik Bakar Bin Yunus )diberitakan Najiob Tun Razak masa dia budak lagi pernah belajar dan menuntut LIAN dengan Acik bakar !
Sebab itulah, Najib karek semacam aja kerana dia tak hairan dengan seni silat @ pertahanan diri yang lain kerana dia sudah belajar ilmu Buah Pukul !
Di beritakan juga, zaman Cifu aku menuntut dengan Arwah Acik Bakar, Acik Bakar membawa dulang yang berisi air dalam cawan.
Kemudian, Acik Bakar menyuruh anak murid dia seramai 5 orang untuk menyerangnya serentak. Masuk menyerang secara betul la bukannya main main.
Anak murid dia pula bukan calang calang orang. Ada yang pernah menang tali pinggang Muay Thai . Ada yang mahir dalam Silat Gayung & Sendeng/lintau. Ringkasnya anak murid Acik Bakar tesebut masing masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana sebelum itu mereka telah pun menuntut bela diri yang macam macam.
Ringkasnya, ke semua anak muridnya seramai 5 orang tersebut tercampak keluar gelanggang. Yang bestnya, tiada setitik air pun dalam cawan yang di bawa dengan dulang oleh Acik Bakar tumpah!
Lihat bagaimana hebatnya ilmu Acik Bakar..Al-Fatihah
Aku ini sememangnya malas dan tak suka bersilat...bagi aku tidak perlu kerana dalam dunia yang kacau bilau sekarang ini, objektif utama kita adalah untuk mempertahankan diri, keluarga & etc.
Jangan bagi orang HINA & PIJAK maruah kita. Jika tidak, lebih baik kita ambil pisau dan kerat kita punya penyawa dan bagi kat anjing!
Selamat menuntut ilmu & beramal..
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment