Tuesday, May 3, 2011

Kisah Cifu & Gurunya

Assalamualaikum w.b.t...

Suka berkongsi kisah tentang Cifu aku dengan Gurunya iaitu arwah Acik Bakar.

Arwah Acik Bakar telah memberi kebenaran kepada Cifu aku untuk mengajar tetapi dengan beberapa syarat seperti di bawah !

Di sebabkan Cifu aku tidak berapa mahir dalam ilmu urut mengurut iaitu seperti kebolehan untuk memasuk dan memperbetulkan kembali sendi yang terkehel atau pun urat yang tergeliat, jadi syarat untuk mengajar ialah Cifu aku boleh memberi tunjuk ajar seperti di dalam perahu, tepi pantai atau pun tempat sempit atau dimana mana!

Oleh yang demikian, dergan erti kata lain tidak memerlukan gelangang rasmi!
Tiada pakaian rasmi .....cukup sekadar berbekalkan hadiah surah Al-Fatihah ( 3 X ), Surah QulHuallahuahad ( 7 X ) dan Selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w ( 7 X )buat Rasulullah & keluarga & para sahabat & semua ( Guru guru, Ibu Bapa, Datuk Nenek, Malaikat semua, Nabi Nabi, Wali Wali Allah, kepada semua makhluk & urat saraf, darah, daging kita sendiri !

Aku tak bercadang untuk menjadi seorang pendekar. Namun jika berpeluang, aku bermatlamat tidaklah salah jika aku belajar dan menuntut ilmu dalam bidang ini sampailah aku betul betul mahir dan menguasai segala jenis teknik dalam bidang ini!

Seperti yang aku kongsi sebelum ini iaitu as sebab aku belajar ilmu ini pun kerana sebelum ini aku mempunyai musuh iaitu seorang Jiran Kafir yang psiko dan sememangnya mempunyai penyakit HATI yang parah. Hobinya adalah meludah ke arah aku & jiran jiran yang lain. Hobinya adalah menghempas pintu utama rumahnya setiap kali dia ada di rumah sehingga bergegar rumah jiran sekelingnya. Hobinya adalah memainkan alarm rumah yang bising gilors.

Aku & keluarga diuji dan dihina selama 7 tahun.
Kehidupan rasa terancam kerana risau akan apa tindakkan seorang jiran yang jahat & psiko & gila boleh lakukan !

Repot polis dan lapuran ke MPSJ sudah di buat berkali kali kerana mengetahu bahaya berjiran dengan orang yang gila dan jahat tetapi hanya sekadar lapuran sahaja. Pihak polis sekadar memberitahu pihaknya tidak mampu berbuat apa apa kerana jiran yang jahat & psiko itu masih tidak melakukan apa apa kesalahan jenayah!

Masalah masih tetap ada.

Hanya kepada ALLAH s.w.t tempat untuk meminta bantuan & berserah.

Sampailah satu ketika iaitu dalam pertengahan tahun 2007, terdetik dalam hati aku untuk menelefon Cifu aku iaitu dengan memberitahu hasrat aku iaitu ingin belajar ilmu tempur dengan dia.

Alhamdulillah, keesokan harinya aku pun ziarah ke rumahnya untuk menuntut ilmu pertahanan diri sehinggalah sampai ke hari ini!

Aku tidak segan untuk berkongsi iaitu kisah cerita wayang Karate Kids. Apabila aku menonton cerita tersebut iaitu Anak Will Smith yang saban hari dibuli oleh budak Cina yang jahat dan sampailah keperingkat dimana anak Will Smith tersebut membuat keputusan untuk belajar ilmu pertahanan diri Kung-Fu dengan Jackie Chan !





Jalan cerita Karate Kids tersebut teramatlah menyentuh hati dan perasaan aku kerana kisah perjalanan cerita Karate Kids tersebut adalah lebih kurang sama dengan apa yang aku telah alami dan tempohi.

Justeru, aku bertekad untuk belajar ilmu tempur jalanan ini seberapa banyak yang mampu dan aku berpeluang untuk pelajarinya. Aku tanpa jemu jemu kerana bagi aku ilmu pertahanan diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) ini sangat luas dan banyak cabang yang perlu dipelajari & dimahirkan.

Untuk rekod, aku jemput jiran aku yang psiko itu 2 kali untuk berlawan. Yang pertama kali dalam bulan March 2009 dan yang kedua kali ialah dalam bulan May 2010.

Aku jemput dia secara gentleman iaitu dia boleh pilih mana tempat, bila masa yang dia mahu, dan juga boleh sign surat wasiat.

Hatta, jika dia mahu pertempuran ini di saksi kan oleh polis & keluarga & jiran tetangga yang lain pun, aku alu alukan.

Aku masih ingat akan kata kata aku : " Hey Bro, ..U have a ball, i have a ball...if u felt that u are Gangster, then we can man-to-man fight... "

Alhamdulillah, bulan 8 2010, dia dan keluarganya telah menjual rumah dia tersebut.

Lesson to be learnt ialah jika kamu terlampau benci kepada seseorang manusia sampai kamu sanggup meludahi manusia tersebut iaitu degan ludahan kamu itu kamu menyangka dan bermaksud untuk menghina & merendahkan maruah manusia laintersebut, maka tunggulah akan hari dimana giliran kamu pula akan dihina dan kamu akan hidup dan lari dalam ketakutan atas perbuatan kamu tersebut !

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng
Skype : basteng04

No comments: