Assalamualaikum w.b.t...
Objektif utama seorang penuntut Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) ialah untuk membuatkan pihak lawan TIDAK STABIL.
Kaedah dan cara untuk menjadikan pihak lawan tidak stabil ini ada beberapa cara iaitu seperti dengan cara kita memijak kaki, menolak/menarik/mengangkat/menekan anggota tubuh/tangan/bahu/siku/lutut pihak lawan !
Dalam GPLY, tiada seni iaitu tangan yang dikembangkan. Semuanya adalah PUKULAN.
Prinsip yang Cifu aku ajar ialah pedulikan jika lawan kita boleh tembus 7 petala langit, boleh tembus 7 petala bumi, mata dia boleh keluar api & etc. Jika lawan kita masuk dalam lingkungan yang dicapai oleh anggota tubuh kita maka alamatnya siapa pantas yang akan menentukan siapa yang akan makan siapa.
Suka berkongsi maklumat tentang akan jurus 11 dalam GPLY. Jurus 11 adalah jurus teknik mainan bawah. Ini bermakna kita menurunkan anggota tubuh kita sehingga kedudukkan anggota kepala kita adalah rendah sehingga membolehkan kita menyentuh pangkal anggota buku lali kaki kita dengan menggunakan ke dua tapak tangan kita!
Bayangkan jika pihak lawan masuk meluru ke arah kita maka jika kita men"yambut" kedatangan lawan kita dengan jurus 11 ini iaitu dengan cara kita masuk dengan mara 1 langkah ke hadapan sambil badan kita berada dalam kedudukan rendah maka dengan teknik Belah Ombak iaitu dengan cara kita merapatkan kedua anggota tapak tangan kita terus mencari anggota penyawa/ulu hati/sendi lutut pihak lawan !
Antara jurus mainan bawah ialah jurus 10 dimana dengan anggota badan kita dalam kedudukan rendah maka 1 anggota tangan kita akan mengawal anggota penyawa kita manakala 1 anggota tangan kita yang lain akan menjaga anggota kita di bahagian atas !
Untuk makluman, kedudukan kedua dua anggota kaki kita adalah hidup di dalam posisi jurus 10 ini. Ini bermakna kita boleh menggunakan sama ada anggota kaki sebelah kanan atau pun kiri untuk kita melancarkan serangan anggota kaki kita terhadap pihak lawan.
Selamat menuntut ilmu dan beramal..
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment