Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah pagi tadi aku berkesempatan menziarahi Cifu aku.
Semasa aku melihat pembinaan tambahan di bahagian depan rumah Cifu aku yang sudah 90% hampir siap, sempat juga Cifu aku menyuruh aku untuk membuat latihan jurus LIAN iaitu dari jurus 1 sampai jurus 11 !
Satu pusingan ke kanan sampai habis .
Kemudian diikuti pusingan ke kiri sampai tamat.
Aku membuat secara perlahan sahaja iaitu seperti seorang pengamal Tai-Chi sambil mengawal pernafasan.
Memang penat !
Berpeluh nak habiskan 2 pusingan tersebut!
Aku bersyukur kerana aku berkesempatan untuk memperbaiki dan memantapkan lagi segala gerakkan anggota tubuh daripada hujung jari kaki sehingga ke hujung rambut untuk setiap jurus tersebut!
Untuk makluman, jurus 1 hingga jurus 5 adalah jurus menggunakan anggota tangan & siku. Manakala, jurus 6 hingga jurus 9 adalah jurus menggunakan anggota kaki.
Jurus 10 dan 11 adalah jurus teknik mainan bawah iaitu kita menggunakan kombinasi anggota kaki dan tangan.
Sebenarnya jurus 10 dan 11 adalah antara jurus yang merbahaya kerana membolehkan seorang pengamal GPLY untuk "makan" besar iaitu makan dari bawah ke atas !
Selamat menuntut ilmu dan beramal..
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment