Alhamdulillah berkesempatan mengadap Cifu aku pagi semalam.
Cifu aku memberi tunjuk ajar akan peri pentingnya membuat latihan tumbuk 3 iaitu tumbukkan pertama dituju ke bahagian anggota kepala/muka. Tumbukkan ke dua dituju ke bahagian anggota dada/ulu hati dan tumbukkan ke tiga dituju ke bahagian anggota penyawa !

Seterusnya diulangi step tumbukkan iaitu tumbukkan dari atas ke bawah iaitu dari bahagian anggota kepala turun ke ulu hati dan ke anggota penyawa. !

Juga Cifu aku sempat mengajar aku akan gerakkan tumbuk & tendang silang. Ini bermakna jika kita melancarkan tumbukkan menggunakan anggota tangan kanan, maka pada masa yang sama, tendangan anggota kaki kiri kita akan dilancarkan untuk memukul anggota sendi kaki/lutut oihak lawan !

Sebenarnya teknik gerakkan pukulan & tendangan silang ini adalah amat berkesan kerana kebiasaannya pihak lawan tidak menyangka akan serangan SERENTAK iaitu serangan anggota kaki & anggota tangan kita !

Cara tendangan pula ialah seperti kita menendang bola!
Selamat menuntut ilmu & beramal..
Wassalam..
Basteng
No comments:
Post a Comment