Wednesday, May 30, 2012
Mengukur Jarak : Teknik Anggota Lutut & siku untuk close combat
Assalamualaikum w.b.t.
Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY, Lian Campur ), kita kena menyesuaikan jarak serangan dengan iaitu jika close combat maka anggota siku & lutut di gunakan !
Jika kita anggar jarak serangan adalah dalam radius anggota kaki, maka serangan anggota kaki digunakan !
Begitu juga jika jarak pertempuran adalah dalam radius anggota tanggan, maka anggota tanganlah digunakan dalam pertempuran tersebut !
Dalam pertempuran , sifu aku gemar memilih jarak pertempuran yang rapat @ close combat ! Maka, anggota lutut & sikulah yang banyak digunakan oleh sifu aku !
Untuk pengetahuan, anggota siku sifu aku amatlah keras sekali iaitu seperti bahagian anggota sikunya telah di tanam dengan besi !
Suka aku berkongsi beberapa artikel yang aku perolehi daripada majalah Seni Beladiri keluaran bulan June 2012 !
Dalam dunia ini,sebelum kita beramal kita mestilah menuntut ilmu terlebih dahulu.
Jika kita beramal tanpa ilmu maka kita akan sesat !
Contohnya ialah untuk kita memahirkan diri kita dalam ilmu tajwid membaca al-Quran maka kita mestilah berguru !
Kita hendaklah masuk kelas tajwid !
Kita tidak boleh hanya belajar sendiri hanya dengan menggunakan kaser/DVD sahaja !
Dalam beladiri begitu juga iaitu untuk mendapatkan ilmu, kita mesti kena berguru !
Ilmu tidak akan datang bergolek sahaja kepada kita tanpa bersusah payah mengadap guru, berfikir dengan membaca & membuat kaji selidik tentang ilmu beladiri & etc.
Aku sendiri mengkaji bagaimana orang Israel menghasilkan beladiri mereka tersendiri yang dinamakan Krav Maga !
Silalah menonton YouTube di atas untuk melihat bagaimana gadis tersebut melancarkan serangan anggota lututnya !
Jika anggota lututnya mengenai Hulk Hogan, aku percaya & yakin Hulk Hogan pun akan tertunduk ke lantai !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam.
Basteng
Monday, May 28, 2012
Serangan anggota kaki : Jurus 10 & 11 Lian
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah, sifu aku memberi tunjuk ajar bagaimana teknik anggota kaki dalam jurus 10 & 11 lian boleh di gunakan !
Jurus 10 & 11 Gerak Pukul Lian Yunan - Lian Campur , memerlukan seorang itu untuk ber"gayang" & merendah kan anggota tubuh badannya.
Insyallah jika seseorang pengamal lian mampu menguasai teknik anggota kaki jurus 10 & 11 lian, maka aku percaya 50% pertempuran itu akan menyembelahi pengamal lian tersebut !
Seterusnya serangan akan dilancarkan dengan menggunakan anggota kaki kita !
Untuk menguasai teknik mainan anggota kaki seperti di bawah maka kena mengadap guru !
Selamat menuntiut ilmu & beramal.
Wassalam...
Basteng
Thursday, May 24, 2012
anggota sendi
Assalamualaikum w.b.t...
Aku memerhatikan bagaimana jika sifu aku masuk menyerang maka anggota lutut, siku, kaki & tangan semuanya akan "hidup" !
Dengan mesasarkan kepada anggota sendi pihak lawan, maka tujuan utama adalah untuk menjadikan pihak lawan tidak stabil !
Dalam Gerak pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) ini , sasaran utama bila serangan dilakukan adalah mencari bahagian anggota sendi pihak lawan seperti di bawah :
1. Sendi anggota jari dengan patah/pukulkan,
2. sendi lutut dengan henjang,sepak,kuis !
3. sendi anggota siku dengan pulas/kilaskan !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam.
Basteng
Sunday, May 20, 2012
liuk lintuk anggota tubuh
Assalamualaikum w.b.t....
Alhamdulillah Sifu aku memberi tunjuk ajar & menerangkan bagaimana sepatutnya kita bertindak balas jika dengan tiba-tiba tanpa dijangka serangan dilakukan terhadap diri kita !
Bayangkan senario di mana ada seorang yang sempat memberi salam kepada kita tapi dengan secara tiba-tiba sahaja orang tersebut menumbuk/menikam kearah kita, maka anggota tubuh badan kita dengan secara pantas akan bertindak balas iaitu dengan melintuk ke belakang ! ( pada masa ini kita masih bertapak dengan ke dua dua belah anggota kaki ).
Teknik ini akan membolehkan kita menghindarkan tumbukkan/tikaman dari mengenai anggota tubuh kita. Pada masa anggota tubuh kita melintuk ke belakang maka kita boleh menggunakan anggota kaki kita untuk melancarkan serangan ke arah pihak lawan !
Teknik melintuk anggota tubuh ini boleh di lihat di dalam YouTube di bawah yang diamalkan oleh bekas peninju terkenal dunia iaitu Price Nassem !
Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY , Lian Campur ) yang sedang aku belajar sekarang ini juga mengandungi teknik dimana walaupun kedua dua anggota kaki kita tidak bergerak pun tetapi dengan pergerakkan anggota tubuh badan kita sahaja masih membantu kita mengatasi serangan daripada anggota pihak lawan !
Sifu aku berkongsi bagaimana jika dengan tiba tiba sahaja orang yang dihadapan kita tanpa semena mena melakukan serangan tummbukkan/tikaman secara terus maka kita akan merendahkan anggota tubuh kita ( anggota tapak kaki tetap ! ) !
Jika serangan dilakukan berterusan maka kita akan merendahkan lagi anggota tubuh badan kita sambil perlu diingat mata kita mestilah mengadap/memandang kepada orang yang melancarkan serangan tersebut !
Dengan teknik lintuk tubuh kita tersebut insyallah kita mampu mengatasi serangan tersebut. Seterusnya kita pula akan melancarkan serangan menggunakan anggota kaki/lutut/siku/tangan bertubu tubi sehingga pihak lawan tidak mampu bangkit lagi !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Tuesday, May 15, 2012
Teknik Serangan Anggota Lutut GPLY !
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah aku sempat mengadap sifu aku.
Aku dengan terus terang memberitahu sifu aku tentang hasrat aku untuk memahirkan lagi teknik anggota lutut !
Sifu aku memberi tunjuk ajar bagaimana anggota lutut di gunakan dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ), Lian Campur ini.
Antaranya ialah dengan menggunakan anggota lutut kanan kita akan masuk untuk mencari sendi anggota lutut kanan pihak lawan. Di susuli dengan pukulan menggunakan anggota lutut kiri kita pula mencari anggota sendi lutut kiri pihak lawan !
Perlu diingat sambil serangan masuk anggota lutut kita dilancarkan maka serangan anggota tangan & siku kita juga mestilah beraksi sama !
Aku mahu menekankan akan peri pentingnya terutama untuk golongan kaum wanita/kanak kanak agar mereka menguasai & memahirkan teknik pergunaan anggota lutut ini !
Jadi jika dalam kedaan yang genting , maka ilmu ini boleh digunakan untuk menumpaskan pihak lawan walaupun pihak lawan adalah bersaiz besar & sasa !
Jika anggota lutut kita mengenai anggota penyawa Hulk Hogan pun, maka akibatnya Hulk Hogan pun akan senyum kesakitan !
Lihatlah bagaimana teknik "Flying Knee " dilancarkan dalam beladiri Mauy Thai !
Sebenarnya ada pelbagai teknik pergunaan anggota lutut yang telah diajar oleh sifu aku.
Antara teknik yang paling mudah & berkesan ialah bilamana pihak lawan masuk meluru maka sambil berselisih kita dengan muka selamba sahaja terus akan melancarkan serangan anggota lutut kanan/kiri kita terus ke anggota perut pihak lawan !
Teknik ini adalah seperti teknik anggota lutut yang ada dalam beladiri Muay Thai !
Perlu diingatkan, "kembar" anggota lutut adalah anggota siku ! Maka jika kita melancarkan serangan menggunakan anggota lutut, maka akan disusuli pula dengan serangan anggota siku!
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam...
Basteng
Saturday, May 12, 2012
Teknik Kaki GPLY
Assalamualaikum w.b.t....
Alhamdulillah aku berkesempatan mengadap sifu aku untuk mendalami teknik menggunakan anggota kaki !
Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY , Lian Campur ), jurus 6 sehinggalah jurus 9 adalah jurus yang khusus berkaitan dengan pergunaan anggota kaki.
Sifu aku menerang & memberi tunjuk ajar secara terperinci akan bagaimana anggota kaki digunakan dalam GPLY!
Sebenarnya baru aku ketahui banyak & pelbagai kaedah teknik pukulan anggota kaki dalam GPLY.
Aku suka menekankan di sini iaitu jika kena dengan cara teknik serangan anggota kaki kita, maka besar mana pun ukuran badan lawan kita, kita masih mampu menjatuhkannya !
Gajah yang bersaiz besar itu pun mampu kita tumbangkannya jika kena dengan caranya !
Jika pukulan dibuat ke arah anggota badan orang negro yang bersaiz besar maka alamatnya orang negro itu akan ketawa & senyum sahaja!
Tetapi jika kita tahu bagaimana & bahagian mana yang pukulan perlu dilancarkan ( ke arah anggota sendi ! ) , maka lumrahnya sebelum orang negro itu menyembut perkataan "Please don't ...." , orang negro yang bersaiz sasa & besar tersebut sudah pun makan pasir dengan mukanya membaham bumi !
Aku suka berkongsi akan teknik pukulan anggota kaki dalam GPLY adalah berbeza daripada pukulan anggota kaki dalam beladiri Tae Kwan Do !
Kebanyakkan pukulan anggota kaki GPLY adalah tidak melepasi paras anggota dada !
Sasaran pukulan anggota kaki GPLY adalah disasarkan ke anggota sendi iaitu sendi anggota jari kaki @ sendi anggota lutut @ anggota penyawa pihak lawan!
Contoh bagaimana antara teknik pukulan menggunakan anggota kaki GPLY dilancarkan ada dalam beladiri Krav Maga, Muay Thai & Wing Chun !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Wednesday, May 9, 2012
Gerak Tapak GPLY
Assalamualaikum w.b.t....
Suka aku berkongsi as sebab aku belajar ilmu street fighting ini adalah kerana sebelum ini aku mempunyai musuh yang nyata iaitu jiran sebelah rumah aku sendiri.
Di ringkaskan kehebatan jiran aku yang psiko & bermasallah ini ialah dia akan mencari peluang untuk menganggu jirannya sekeliling dengan menghempas pintu rumahnya dengan secara yang kuat sekali & meudah ke arah jiran jirannya ! Juga dia dengan sengaja akan memasang radio siaran Tamil ( jiran psiko ini adalah berbangsa China ! ) yang diletak & dihalakan ke rumah jirannya dengan amat kuat sekali iaitu bermula dari jam 7:15 a.m sehinggalah jam 11:45 p.m !
Di atas hanyalah beberapa "dosa-dosa" yang dilakukan oleh jiran psiko aku ini.
Sampailah satu ketika, aku yang sudah lali dengan ujian/dugaan/hinaan daripada hamba Allah ini terpaksa mencari jalan penyelesaian yang terdaya & termampu aku lakukan iaitu dengan menggunakan tenaga tulang 4 kerat maka bermulalah kisah aku menuntut ilmu street fighting / perang dengan sifu aku !
Bermula dari awal tahun 2008 sehingalah hari ini, setiap hari persekolahan tanpa jemu iaitu selepas menghantar anak aku ke sekolah pada waktu pagi, maka aku akan menyinggah ke rumah sifu aku untuk belajar ilmu Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur )!
Masa kita tidak berilmu, orang ludah ke arah kita pun kita tidak mampu untuk menghalangnya ! Akibatnya kita menjadi sehina hina/dayus manusia !
Alhamdulillah baru baru ini sifu aku berkesempatan memberi tunjuk ajar akan bagaimana teknik gerak tapak GPLY di lakukan !
Ada gerak tapak GPLY yang dinamakan sebagai gerak "V" luar iaitu bilamana pihak lawan masuk dari sisi kanan maka kita dengan selamba sahaja akan juga berjalan masuk dengan lakahan kaki kanan. Jadi anggota bahu kanan kita seiring dengan anggota bahu kanan pihak lawan, maka tolakkan ke anggota ruas bahu (atas bahagaian ruas anggota sendi siku kanan ) kanan pihak lawan di lakukan dengan menggunakan anggota lengan kanan kita !
Akibat gerakkan ini, pihak lawan menjadi tidak seimbang maka kita boleh me"narik" anggota sendi bahu kiri pihak lawan@ menarik kolar baju / rambut pihak lawan ke belakang sambil disusuli dengan hentakkan menggunakan anggota siku kanan ke anggota dada/muka pihak lawan !
Ada juga gerak tapak GPLY yang dinamakan sebagai gerak "V" dalam iaitu bilamana pihak lawan masuk dari sisi kanan maka kita akan masuk ke dalam iaitu dengan melangkah anggota kaki kiri kita sambil anggota lengan kiri kita akan me"NOLAK" ke anggota dada pihak lawan !
Cantiknya, bila anggota kaki kiri kita melangkah masuk maka sepatutnya anggota kiri kita tersebut akan me"MIJAK" anggota kaki kiri pihak lawan sambil tolakkan ke belakang ke bahagian dada pihak lawan dibuat dengan menggunakan anggota lengan kiri kita !
Ada satu lagi gerak tapak GPLY yang dinamakan sebagai gerak "KETAM" ! Gerak ketam ini adalah bilamana pihak lawan masuk menyerang maka kita secara mengesot ke kiri @ kanan akan bergerak selangkah sambil kita bersedia melancarkan serangan dengan menggunakan anggota kaki kita !
Sila mengadap guru untuk memahirkan semua teknik gerak tapak GPLY di atas!
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Saturday, May 5, 2012
Pukulan guna anggota tumit tapak kaki!
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah pada hari khamis & jumaat lepas aku sempat mengadap sifu aku.
Sifu aku memberi tunjuk ajar secara lebih terperinci lagi akan peri pentingnya memahami segala jurus & gerak pukulan yang terhasil daripada jurus tersebut !
Bagaimana bermula dengan jurus 1 Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) sehinggalah ke jurus 5 GPLY adalah teknik menggunakan anggota tangan ( Buku Lima & siku ! )
Manakala bermula jurus 6 sehinggalah ke jurus 9 GPLY adalah teknik menggunakan anggota kaki & lutut !
Di susuli dengan jurus 10 & 11 GPLY adalah teknik kombinasi mengguunakan semua anggota iaitu anggota tangan/siku/kaki/lutut/kepala !
Sifu aku menekankan akan peri pentingnya bilamana serangan anggota kaki di gunakan ( jurus 6 sehingga jurus 9), maka
sifu aku memberi tunjuk ajar yang betul akan teknik pukulan menggunakan anggota kaki.
Untuk membuat blocking/patahkan, maka perlu menggunakan anggota tapak kaki yang berlengkuk !
Manakala untuk membuat serangan pukulan menggunakan anggota kaki, maka hendaklah kita menggunakan tumit anggota kaki dan juga anggota tapak kaki yang dibahagian hadapan !
Di bawah ini adalah antara teknik yang boleh kita amalkan jika berhadapan dengan situasi seperti photo di bawah !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam.
Basteng
Tuesday, May 1, 2012
Siku Kapak + Patuk Ayam !
Assalamualaikum w.b.t....
Aku suka berkongsi akan satu teknik mainan siku yang aku namakan sebagai Siku Kapak + Patuk Ayam !
Teknik Siku Kapak + Patuk Ayam ini boleh dilancarkan dengan cara kita mengangkat anggota tangan kita seperti kita menyikat rambut !
Bilamana anggota siku kita telah mengenai anggota sasaran pihak lawan seperti kawasan anggota ulu hati/dada, maka seperti aksi seekor ayam mematuk maka angota buku lima tangan kita yang telah menyiku tadi akan melibas ke arah anggota muka pihak lawan seperti bidasan sebatang rotan!
Akibat penangan aksi Patuk Ayam ini akan mengakibatkan kecederaan yang parah ke bahagian anggota muka pihak lawan !
Tanpa belas kasihan, serangan dengan menggunakan anggota lutut & siku kita hendaklah dilancarkan bertubu tubi kepada lawan sehinggalah pihak lawan jatuh ke bumi tidak bermaya untuk bertindak balas !
Sifu aku pernah berkongsi sebenarnya dalam Gerak Pukul Lian Yunan (GPLY - Lian Campur ) yang aku pelajari ini, serangan bertubu tubi hendaklah dilancarkan sehinggalah pihak lawan jatuh tersembam ke bumi & tidak mampu bangkit lagi !
Memanglah nampak seperti kejam & tidak berperi kemanusian tetapi dalam situasi sebenar iaitu dalam street fighting/peperangan, jika kita teragak agak alamaknya dikuatiri kita pula yang akan menjadi mangsa si pemangsa !
3 hari lepas dalam Harian Metro menyiarkan berita bagaimana seorang perempuan yang hampir dirompak & dirogol oleh seorang lelaki. Alhamdulillah, perrempuan tersebut sempat menendang lelaki yang sudah membuka seluarnya tersebut & akibatnya parang yang dipegang oleh silelaki tersebut telah tercabut dari gengaman si lelaki tersebut !
Maka dengan pantas si perempuan yang hampir menjadi mangsa rogol silelaki tersebut terus mengambil parang yang tersebut & melibasnya ke arah lelaki tersebut. Libasan tersebut tepat mengenai anggota penyawa lelaki tersebut ! Akibatnya lelaki tersebut mengalami cedera parah di bahagian anggota penyawa !
Aku memang tabik spring dengan tindakkan perempuan tersebut ! Aku harap & doakan agar ramai lagi perempuan di luar sana yang tahu apa yang perlu dilakukan jika terpaksa berhadapan dengan situasi seperti yang dialami oleh perempuan tersebut !
Selamat menuntut ilmu & beramal..
Wassalam...
Basteng
Subscribe to:
Posts (Atom)