Wednesday, May 9, 2012
Gerak Tapak GPLY
Assalamualaikum w.b.t....
Suka aku berkongsi as sebab aku belajar ilmu street fighting ini adalah kerana sebelum ini aku mempunyai musuh yang nyata iaitu jiran sebelah rumah aku sendiri.
Di ringkaskan kehebatan jiran aku yang psiko & bermasallah ini ialah dia akan mencari peluang untuk menganggu jirannya sekeliling dengan menghempas pintu rumahnya dengan secara yang kuat sekali & meudah ke arah jiran jirannya ! Juga dia dengan sengaja akan memasang radio siaran Tamil ( jiran psiko ini adalah berbangsa China ! ) yang diletak & dihalakan ke rumah jirannya dengan amat kuat sekali iaitu bermula dari jam 7:15 a.m sehinggalah jam 11:45 p.m !
Di atas hanyalah beberapa "dosa-dosa" yang dilakukan oleh jiran psiko aku ini.
Sampailah satu ketika, aku yang sudah lali dengan ujian/dugaan/hinaan daripada hamba Allah ini terpaksa mencari jalan penyelesaian yang terdaya & termampu aku lakukan iaitu dengan menggunakan tenaga tulang 4 kerat maka bermulalah kisah aku menuntut ilmu street fighting / perang dengan sifu aku !
Bermula dari awal tahun 2008 sehingalah hari ini, setiap hari persekolahan tanpa jemu iaitu selepas menghantar anak aku ke sekolah pada waktu pagi, maka aku akan menyinggah ke rumah sifu aku untuk belajar ilmu Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur )!
Masa kita tidak berilmu, orang ludah ke arah kita pun kita tidak mampu untuk menghalangnya ! Akibatnya kita menjadi sehina hina/dayus manusia !
Alhamdulillah baru baru ini sifu aku berkesempatan memberi tunjuk ajar akan bagaimana teknik gerak tapak GPLY di lakukan !
Ada gerak tapak GPLY yang dinamakan sebagai gerak "V" luar iaitu bilamana pihak lawan masuk dari sisi kanan maka kita dengan selamba sahaja akan juga berjalan masuk dengan lakahan kaki kanan. Jadi anggota bahu kanan kita seiring dengan anggota bahu kanan pihak lawan, maka tolakkan ke anggota ruas bahu (atas bahagaian ruas anggota sendi siku kanan ) kanan pihak lawan di lakukan dengan menggunakan anggota lengan kanan kita !
Akibat gerakkan ini, pihak lawan menjadi tidak seimbang maka kita boleh me"narik" anggota sendi bahu kiri pihak lawan@ menarik kolar baju / rambut pihak lawan ke belakang sambil disusuli dengan hentakkan menggunakan anggota siku kanan ke anggota dada/muka pihak lawan !
Ada juga gerak tapak GPLY yang dinamakan sebagai gerak "V" dalam iaitu bilamana pihak lawan masuk dari sisi kanan maka kita akan masuk ke dalam iaitu dengan melangkah anggota kaki kiri kita sambil anggota lengan kiri kita akan me"NOLAK" ke anggota dada pihak lawan !
Cantiknya, bila anggota kaki kiri kita melangkah masuk maka sepatutnya anggota kiri kita tersebut akan me"MIJAK" anggota kaki kiri pihak lawan sambil tolakkan ke belakang ke bahagian dada pihak lawan dibuat dengan menggunakan anggota lengan kiri kita !
Ada satu lagi gerak tapak GPLY yang dinamakan sebagai gerak "KETAM" ! Gerak ketam ini adalah bilamana pihak lawan masuk menyerang maka kita secara mengesot ke kiri @ kanan akan bergerak selangkah sambil kita bersedia melancarkan serangan dengan menggunakan anggota kaki kita !
Sila mengadap guru untuk memahirkan semua teknik gerak tapak GPLY di atas!
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment