Wednesday, May 30, 2012
Mengukur Jarak : Teknik Anggota Lutut & siku untuk close combat
Assalamualaikum w.b.t.
Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY, Lian Campur ), kita kena menyesuaikan jarak serangan dengan iaitu jika close combat maka anggota siku & lutut di gunakan !
Jika kita anggar jarak serangan adalah dalam radius anggota kaki, maka serangan anggota kaki digunakan !
Begitu juga jika jarak pertempuran adalah dalam radius anggota tanggan, maka anggota tanganlah digunakan dalam pertempuran tersebut !
Dalam pertempuran , sifu aku gemar memilih jarak pertempuran yang rapat @ close combat ! Maka, anggota lutut & sikulah yang banyak digunakan oleh sifu aku !
Untuk pengetahuan, anggota siku sifu aku amatlah keras sekali iaitu seperti bahagian anggota sikunya telah di tanam dengan besi !
Suka aku berkongsi beberapa artikel yang aku perolehi daripada majalah Seni Beladiri keluaran bulan June 2012 !
Dalam dunia ini,sebelum kita beramal kita mestilah menuntut ilmu terlebih dahulu.
Jika kita beramal tanpa ilmu maka kita akan sesat !
Contohnya ialah untuk kita memahirkan diri kita dalam ilmu tajwid membaca al-Quran maka kita mestilah berguru !
Kita hendaklah masuk kelas tajwid !
Kita tidak boleh hanya belajar sendiri hanya dengan menggunakan kaser/DVD sahaja !
Dalam beladiri begitu juga iaitu untuk mendapatkan ilmu, kita mesti kena berguru !
Ilmu tidak akan datang bergolek sahaja kepada kita tanpa bersusah payah mengadap guru, berfikir dengan membaca & membuat kaji selidik tentang ilmu beladiri & etc.
Aku sendiri mengkaji bagaimana orang Israel menghasilkan beladiri mereka tersendiri yang dinamakan Krav Maga !
Silalah menonton YouTube di atas untuk melihat bagaimana gadis tersebut melancarkan serangan anggota lututnya !
Jika anggota lututnya mengenai Hulk Hogan, aku percaya & yakin Hulk Hogan pun akan tertunduk ke lantai !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam.
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment