Saturday, May 12, 2012
Teknik Kaki GPLY
Assalamualaikum w.b.t....
Alhamdulillah aku berkesempatan mengadap sifu aku untuk mendalami teknik menggunakan anggota kaki !
Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY , Lian Campur ), jurus 6 sehinggalah jurus 9 adalah jurus yang khusus berkaitan dengan pergunaan anggota kaki.
Sifu aku menerang & memberi tunjuk ajar secara terperinci akan bagaimana anggota kaki digunakan dalam GPLY!
Sebenarnya baru aku ketahui banyak & pelbagai kaedah teknik pukulan anggota kaki dalam GPLY.
Aku suka menekankan di sini iaitu jika kena dengan cara teknik serangan anggota kaki kita, maka besar mana pun ukuran badan lawan kita, kita masih mampu menjatuhkannya !
Gajah yang bersaiz besar itu pun mampu kita tumbangkannya jika kena dengan caranya !
Jika pukulan dibuat ke arah anggota badan orang negro yang bersaiz besar maka alamatnya orang negro itu akan ketawa & senyum sahaja!
Tetapi jika kita tahu bagaimana & bahagian mana yang pukulan perlu dilancarkan ( ke arah anggota sendi ! ) , maka lumrahnya sebelum orang negro itu menyembut perkataan "Please don't ...." , orang negro yang bersaiz sasa & besar tersebut sudah pun makan pasir dengan mukanya membaham bumi !
Aku suka berkongsi akan teknik pukulan anggota kaki dalam GPLY adalah berbeza daripada pukulan anggota kaki dalam beladiri Tae Kwan Do !
Kebanyakkan pukulan anggota kaki GPLY adalah tidak melepasi paras anggota dada !
Sasaran pukulan anggota kaki GPLY adalah disasarkan ke anggota sendi iaitu sendi anggota jari kaki @ sendi anggota lutut @ anggota penyawa pihak lawan!
Contoh bagaimana antara teknik pukulan menggunakan anggota kaki GPLY dilancarkan ada dalam beladiri Krav Maga, Muay Thai & Wing Chun !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment