Sunday, May 20, 2012
liuk lintuk anggota tubuh
Assalamualaikum w.b.t....
Alhamdulillah Sifu aku memberi tunjuk ajar & menerangkan bagaimana sepatutnya kita bertindak balas jika dengan tiba-tiba tanpa dijangka serangan dilakukan terhadap diri kita !
Bayangkan senario di mana ada seorang yang sempat memberi salam kepada kita tapi dengan secara tiba-tiba sahaja orang tersebut menumbuk/menikam kearah kita, maka anggota tubuh badan kita dengan secara pantas akan bertindak balas iaitu dengan melintuk ke belakang ! ( pada masa ini kita masih bertapak dengan ke dua dua belah anggota kaki ).
Teknik ini akan membolehkan kita menghindarkan tumbukkan/tikaman dari mengenai anggota tubuh kita. Pada masa anggota tubuh kita melintuk ke belakang maka kita boleh menggunakan anggota kaki kita untuk melancarkan serangan ke arah pihak lawan !
Teknik melintuk anggota tubuh ini boleh di lihat di dalam YouTube di bawah yang diamalkan oleh bekas peninju terkenal dunia iaitu Price Nassem !
Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY , Lian Campur ) yang sedang aku belajar sekarang ini juga mengandungi teknik dimana walaupun kedua dua anggota kaki kita tidak bergerak pun tetapi dengan pergerakkan anggota tubuh badan kita sahaja masih membantu kita mengatasi serangan daripada anggota pihak lawan !
Sifu aku berkongsi bagaimana jika dengan tiba tiba sahaja orang yang dihadapan kita tanpa semena mena melakukan serangan tummbukkan/tikaman secara terus maka kita akan merendahkan anggota tubuh kita ( anggota tapak kaki tetap ! ) !
Jika serangan dilakukan berterusan maka kita akan merendahkan lagi anggota tubuh badan kita sambil perlu diingat mata kita mestilah mengadap/memandang kepada orang yang melancarkan serangan tersebut !
Dengan teknik lintuk tubuh kita tersebut insyallah kita mampu mengatasi serangan tersebut. Seterusnya kita pula akan melancarkan serangan menggunakan anggota kaki/lutut/siku/tangan bertubu tubi sehingga pihak lawan tidak mampu bangkit lagi !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment